Berita Mengejutkan Parti BERSATU. Kira-kira 100 ahli PPBM Klang, bahagian yang dipengerusikan pengarah strategi dan dasar parti Datuk Rais Hussin, semalam mengumumkan menyertai Umno, sambil berkata mereka hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan.
Kumpulan diwakili ahli PPBM Klang, Mohd Hazwan Zulkifly, turut mendakwa amalan kronisme di samping menuduh pemimpin parti mementingkan diri sendiri.
Berita Mengejutkan Parti BERSATU. “Kami yang keluar PPBM ini merupakan penggerak parti yang bertanggungjawab menjalankan kerja parti, dengan ini PPBM Klang telah lumpuh,” katanya.
Mereka juga berkata tidak puas hati dengan pengumuman Pakatan Harapan (PH) mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memegang jawatan perdana menteri sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya akan datang, di samping mempersoalkan kecekapan kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu sampah dan perumahan.
Rais dalam reaksinya berkata tindakan itu sudah diduga, dan menjangkakan lebih banyak “pengumuman media” seumpama itu menjelang pilihan raya.
Berita Mengejutkan Parti BERSATU
Menurutnya, ia sesuatu yang “tipikal” akhir-akhir ini, di mana segelintir ahli yang tidak berpuas hati akan menggunakan saluran NGO pro-Umno.
“Ini adalah taktik lapuk di mana ia dilaksanakan untuk mendapat habuan atau dedak serta bagi meraih populariti peribadi.”
Rais berkata pihaknya sudah membuat pelbagai usaha mengasimilasikan merek dengan perjuangan PPBM tetapi gagal.
Berita Mengejutkan Parti BERSATU. “Pastinya, sebab utama adalah kerana mereka mempunyai agenda tertentu yang mereka sahaja mengetahuinya,” katanya. - free malaysia today
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..