Wartawan Malaysia Di Myanmar Dibebaskan. Myanmar hari ini membebaskan wartawan Malaysia Mok Choy Lin yang berkhidmat bagi sebuah stesen penyiaran Turki TRT World.
Memetik seorang pegawai penjara, Reuters melaporkan Mok dibebaskan bersama rakan kerja Lau Hon Meng dari Singapura, jurubahasa mereka Aung Naing Soe, yang juga wartawan tempatan, dan pemandu Hla Tin.
Mereka ditahan ketika menjalankan tugasan dengan cuba menerbangkan drone dekat bangunan parlimen Myanmar.
Wartawan Malaysia Di Myanmar Dibebaskan. Mahkamah negara itu minggu lalu menjatuhi mereka hukuman penjara bawah akta antipesawat yang digubal di era penjajahan.
Keempat-empat mereka juga berdepan pertuduhan tambahan mengimport drone manakala wartawan Malaysia dan Singapura turut berdepan pertuduhan atas kesalahan imigresen.
“Kami bebaskan Aung Naing Soe dan kru itu pada jam 7.20 pagi kerana imigresen dan polis telah menarik balik pertuduhan itu,” kata ketua penjara Yamethin Aung Myo Chun.
Wartawan Malaysia Di Myanmar Dibebaskan
Selasa lalu, pihak polis memberitahu Reuters bahawa mereka diarahkan menggugurkan pertuduhan itu selepas mendapati keempat-empat mereka tidak cuba menjejaskan keselamatan awam, selain untuk memperbaiki hubungan dengan wartawan tempatan, Singapura dan Malaysia.
Wartawan Malaysia Di Myanmar Dibebaskan. Hubungan negara majoriti Buddha Myanmar dengan Malaysia dan Turki sedang tegang susulan protes terhadap layanan negara itu terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam. -sinar
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..