Thursday, 7 December 2017

Petanda Awal Media Prima Bakal Bungkus?

Petanda Awal Media Prima Bakal Bungkus?  Media Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia yang memiliki antaranya TV3 dan New Straits Times, menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

Media Prima beberapa bulan lalu melaksanakan skim pemisahan sukarela melibatkan kakitangannya yang berumur lebih 50 tahun sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos operasi.

Petanda Awal Media Prima Bakal Bungkus? Tawaran terbaru ini dimaklumkan kepada kakitangannya pada satu taklimat di ibu pejabat Media Prima di Bandar Utama, Kuala Lumpur semalam.

Mereka diberikan dua pilihan sukarela: cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji, atau kerja setengah bulan dengan separuh gaji. 

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight tawaran itu dibuka kepada kakitangan yang berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun.

Petanda Awal Media Prima Bakal Bungkus? 


Rehat sementara itu akan berkuat kuasa mulai Januari 2018.

Sumber juga memberitahu The Malaysian Insight, pada sesi taklimat semalam, pihak pengurusan Media Prima turut menjelaskan cabaran media baharu terhadap media tradisional.

Mereka menggesa kakitangan untuk bersama-sama dengan syarikat dalam pelan transformasi untuk mengharungi era Internet.

"Pengurusan syarikat dari awal taklimat lagi memberitahu bahawa industri sudah berubah dan banyak syarikat sekarang mengambil langkah ini. Media Prima juga mesti membuat perubahan strategik."

Konglomerat itu mencatatkan kerugian bersih RM171 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding untung bersih RM45.16 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Petanda Awal Media Prima Bakal Bungkus? 


Ini berikutan pulangan rendah daripada iklan televisyen dan akhbar.

Media Prima juga mencatatkan kerugian bersih RM101.08 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Media Prima, pada Mei lepas melalui anak syarikat milik penuhnya, Media Prima Digital Sdn Bhd, mengambil alih 100% kepentingan dalam Rev Asia Holdings Sdn Bhd pada nilai RM105 juta.

Rev Asia ketika itu memiliki penerbitan digital pelbagai bahasa termasuk OhBulan!, Says, Viral Cham, Rojaklah, Juice, 8Share, MyResipi, KongsiResipi dan SirapLimau.

Konglomerat media ini, pada 2014, melaksanakan skim pemisahan bersama. Ia melibatkan antaranya eksekutif kanan, penyampai berita dan penyampai radio.

Petanda Awal Media Prima Bakal Bungkus?  Media Prima memiliki empat stesen televisyen: TV3, ntv7, 8TV dan TV9; akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta stesen radio Hot FM, Kool FM, Fly FM, One FM dan stesen radio berbahasa Melayu, Hot FM dan Kool FM. – MI



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Jangan percaya ini semua auta, gaji aku RM 22,000 sebulan masih dibayar kat Media ni, suka-suka cakap bungkus.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan