Wednesday, 20 December 2017

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan. “Sebarang pertuduhan yang digugurkan sewaktu perbicaraan belum bermula dan saksi belum dipanggil adalah ‘dilepaskan tanpa dibebaskan’,” kata peguam serta pakar undang-undang, Syahredzan Johan.

Menurutnya, dilepaskan tanpa dibebaskan merupakan sesuatu kes terhadap seseorang individu yang dituduh itu digugurkan, namun pihak berkenaan tidak dibebaskan oleh mahkamah.

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan“Maknanya, pendakwa raya boleh jika mahu untuk mendakwa semula tertuduh.

“Berlainan sekiranya terdapat pembebasan (acquittal), pendakwa raya tidak boleh mendakwa semula kerana ini dihalang oleh Perkara 7(2) Perlembagaan berkenaan dengan perbicaraan berulang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Mahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya pada Oktober lalu.

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan


Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan tersebut.

Mengulas mengenai kes Azizan, Syahredzan memaklumkan bahawa keputusan mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan pihak berkenaan merupakan satu perkara biasa dari sudut perundangan negara.

“Ini bukannya perkara luar biasa memandangkan mahkamah tidak boleh membebaskan tertuduh kalau tidak mendengar keterangan saksi dan melihat merit kes.

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan


“Sebab itu bila gugur pertuduhan sebelum perbicaraan bermula ia bukannya merupakan pembebasan atau acquittal,” katanya.

Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan.  Ketika ditanya sama ada Azizan berkemungkinan akan didakwa semula selepas ini, Syadredzan berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku, namun kemungkinannya adalah sangat rendah. - sinar




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Kita perlu lihat adakah peraturan tindakan disiplin terhadap murid terbabit telah d patuhi oleh pihak sekolah. Kalau pihzk berkaitan & sekolah gagal membuktikan bahawa peraturan dan kaedah2 displin d ikuti maka Cikgu Azizan telah melanggar peraturan dan kaedah2 disiplin maka Cikgu Azizan boleh d saman oleh ibubapa murid berkenaan beserta bukti2 dari pegawai perubatan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan