Tuesday, 21 November 2017

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi. Seorang menteri kabinet Israel mendedahkan bahawa Israel mempunyai hubungan rahsia dengan Arab Saudi, di tengah kebimbangan umum terhadap Iran, lapor Reuters.

Pendedahan pertama kali itu dilakukan oleh seorang pegawai kanan daripada salah sebuah negara yang sudah lama bekerjasama dalam diam.

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi.Sementara itu, sehingga kini kerajaan Arab Saudi tidak memberi respons segera terhadap kenyataan Menteri Tenaga Israel, Yuval Steinitz berhubung pendedahan kontroversi berkenaan.

"Kami mempunyai hubungan yang kebanyakannya dirahsiakan dari negara Islam dan Arab. Kebiasaannya kami berada di pihak yang tidak mahu berselindung," kata Steinitz.

Manakala jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga tidak memberi respons berhubung isu itu.

Israel Dedah Rahsia Arab Saudi


Arab Saudi dan Israel dilaporkan melihat Iran sebagai ancaman utama kepada negara di rantau Asia Barat.

Ketegangan yang kian memuncak antara Tehran dan Riyadh menyemarakkan lagi spekulasi Israel dan Arab Saudi berkongsi kepentingan serta memaksa mereka untuk bekerjasama. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan