Berita Mengejutkan Dari Mahkamah Persekutuan. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati peguam kanan Tan Sri VK Lingam bersalah kerana menghina mahkamah.
Beliau kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana menuduh anggota panel terlibat dalam plagiarisme.
Berita Mengejutkan Dari Mahkamah Persekutuan. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin yang mengetuai panel berkata keputusan itu adalah sebulat suara.
Lingam bagaimanapun tidak menghadiri prosiding mahkamah hari ini."Waran akan dikeluarkan dan hukuman itu akan segera dilaksanakan," katanya kepada mahkamah.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Balia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.
Berita Mengejutkan Dari Mahkamah Persekutuan
Pada 26 September lalu, mahkamah tertinggi itu membuat keputusan bahawa laporan perubatan dari sebuah hospital Amerika Syarikat untuk menyokong kegagalan Lingam hadir di prosiding menghina mahkamah terhadapnya, adalah palsu.
Berita Mengejutkan Dari Mahkamah Persekutuan. Laporan itu yang bertarikh 10 Mei tahun ini, menyebut bahawa Lingam, 66, tidak sihat untuk jangka masa perjalanan yang lama, termasuk dengan penerbangan, sususlan masalah sakit belakang dan tulang pinggul. - mk
Iklan
No comments:
Post a comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..