SPRM Bongkar Lagi. Selepas siasatan lebih setahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membongkar kegiatan licik membabitkan pegawai tinggi di sebuah kementerian yang menyebabkan kecurian dana umum sebanyak RM100 juta, termasuk yang diperuntukkan untuk golongan miskin tegar.
Akhbar New Straits Times melaporkan siasatan terperinci SPRM berdepan pelbagai kerumitan kerana jenayah dilakukan secara licik, di mana pelaku berhati-hati tidak meninggalkan sebarang kesan yang boleh menjejak semula urusan mereka.
SPRM Bongkar Lagi. “Kami bercakap mengenai angka besar ketirisan dana kerajaan,” akhbar itu memetik sumber berkata, dan menyifatkan kes kali ini boleh disifatkan jenayah rasuah paling besar setakat ini “mengatasi semua kes sebelumnya”.
Tahun lalu, SPRM menangkap 9 pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan atas pembabitan penyelewengan dana RM100 juta.
Kali ini, sekurang-kurangnya 5 suspek di kementerian yang tidak dinamakan itu dikenal pasti melalui Laporan Transaksi Mencurigakan Bank Negara Malaysia yang mendapati aliran wang besar melibatkan akaun peribadi.
SPRM Bongkar Lagi
Kegiatan mencuri dana itu dilakukan bersama 10 syarikat yang diberikan kontrak kementerian bagi menambah baik kemudahan dan kebajikan awam, di mana kerja-kerja itu diisytiharkan selesai sedangkan tiada apa dilakukan.
SPRM Bongkar Lagi. Menurut laporan, salah satu projek kerajaan terbabit melibatkan program bantuan makanan untuk pelajar miskin. - fmt
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..