Saturday, 28 October 2017

Shafie Apdal Belasah Musa Aman Pula

Shafie Apdal Belasah Musa Aman Pula. Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal tidak seharusnya bersembunyi di belakang imuniti parlimen untuk menyerang Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

“Sekiranya Shafie Apdal mahu bercakap tentang Musa Aman, mengapa beliau tidak boleh melakukannya tanpa perlindungan imuniti parlimen,” kata Rahim dalam kenyataannya.

Shafie Apdal Belasah Musa Aman Pula. Beliau menambah tuduhan dibuat Shafie tidak berasas dan berniat jahat.

“Semua tuduhan ini sebenarnya fakta dikitar semula. Semua dakwaan palsu dan direka untuk mengelirukan orang ramai atas niat jahat,” kata Rahim sambil menambah, Shafie menyalahgunakan parlimen yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen.

Beliau juga mempersoalkan Shafie kerana tidak membuat tuduhan sebelum ditahan Khamis lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shafie Apdal Belasah Musa Aman Pula


“Shafie bukan seorang ahli politik yang mantap dan tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpin. Pemimpin sepatutnya bertenang. Tingkah laku semacam ini adalah kebudak-budakan. Hanya kerana beliau berada dalam ‘air panas’ sekarang, beliau mahu menyeret orang lain ke bawah.

“Jika Shafie mahu, beliau dialu-alukan untuk membuat laporan kepada SPRM dan bukannya menyalahgunakan hak istimewa parlimen,” kata Rahim.

Adun Pantai Manis ini juga mengingatkan Shafie bahawa Musa sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya sebelum memasuki politik.

Shafie Apdal Belasah Musa Aman Pula


Sementara itu, merujuk kepada masalah kesihatan Shafie selepas penangkapannya yang baru-baru ini, Rahim berkata, beliau terkeliru dengan keadaan kesihatan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah yang didakwa semakin merosot kerana beliau tidak diketahui mempunyai masalah seperti itu.

“Saya fikir semua masalah kesihatan ini hanyalah percubaannya untuk mendapat simpati daripada rakyat. Beliau tidak boleh menggunakan emosi untuk mendapatkan sokongan,” kata beliau.



Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan