Monday, 16 October 2017

Pesawat GT500 Microlight Terhempas Tiada Kebenaran Terbang

Pesawat GT500 Microlight Terhempas Tiada Kebenaran Terbang. Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini, semalam, tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan DCA yang jabatan berkenaan tidak menerima sebarang permohonan bagi menerbangkan pesawat tersebut.

Pesawat GT500 Microlight Terhempas Tiada Kebenaran Terbang. “Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada pihak DCA, juruterbang berkenaan mempunyai lesen penerbangan, tetapi aktiviti untuk menerbangkan pesawat ringan tersebut tidak mendapat kebenaran atau DCA tidak mendapat apa-apa maklumat tentang aktiviti tersebut.

“Seharusnya, apa jua aktiviti penerbangan sama ada melibatkan pesawat persendirian atau sebaliknya perlu dimaklumkan atau mendapat kebenaran daripada DCA bagi tujuan keselamatan,” kataya selepas program Hari Sukan Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, hari ini.

Pesawat GT500 Microlight Terhempas Tiada Kebenaran Terbang


Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut kes itu kini diserahkan kepada DCA dan punca kejadian belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, pesawat tersebut terhempas kira-kira 200m dari landasan Aerodrome Sungai Rambai, Jasin.

Pesawat GT500 Microlight Terhempas Tiada Kebenaran Terbang. Nahas itu mengorbankan juruterbang Yee Yoon Fah, 54, yang maut di tempat kejadian, manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am, cedera di muka serta badan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. - fmt




Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan