Jamal Yunos Bakal Buat Onar Lagi. Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang dilepaskan oleh polis sehari lebih awal sebelum remannya berakhir, mahu mengadakan protes “makan aiskrim” Rabu ini.
Jamal yang dilepaskan di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira jam 7.30 malam semalam berkata Bangunan SUK sekali lagi akan menjadi tempat protes tetapi kali ini membabitkan aiskrim.
Jamal Yunos Bakal Buat Onar Lagi. “Bantahan yang akan saya jalankan adalah tidak ganas. Kami akan membantah di (bangunan) SUK dengan makan aiskrim,” kata beliau dipetik New Straits Times.
Pemimpin Baju Merah itu ditahan awal pagi kelmarin berikutan tindakan memecahkan botol arak di pintu masuk Bangunan SUK di Shah Alam sehari sebelum itu sebagai tindakan membantah pesta arah yang dijadual diadakan di Selangor.
“Tidak ada yang akan menghentikan kami. Walaupun saya digari dan ditahan kerana protes sebelum ini, ia tidak akan menghalang saya daripada menentang mana-mana pesta arak di Selangor,” katanya.
Jamal Yunos Bakal Buat Onar Lagi
Pengerusi Badan Gabungan NGO Malaysia berkata beliau gembira telah dibebaskan awal dengan jaminan bersama 7 yang lain.
Jamal berkata beliau dibebaskan awal kerana polis telah menyelesaikan siasatan mereka.
Beliau berkata aksi memecah botol arak bertujuan menunjukkan bahawa minum arak adalah tidak baik.
Jamal Yunos Bakal Buat Onar Lagi. Tambah beliau, protes itu juga merupakan mesej kepada kerajaan negeri untuk berhenti memberi kelulusan kepada acara berkaitan alkohol. - fmt
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..