Thursday, 31 August 2017

LHDN Sangkal Rafizi Ramli

LHDN Sangkal Rafizi Ramli. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa agensi itu secara tidak adil menyasarkan penyokong pembangkang.

Bercakap kepada FMT, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sabin Samitah berkata strategi penguatkuasaan undang-undang LHDN menjurus kepada satu matlamat, iaitu memudahkan kepatuhan dan menyukarkan keengganan.

LHDN Sangkal Rafizi Ramli. “Strategi itu penting untuk mewujudkan sistem cukai yang adil, terutamanya buat pembayar cukai yang mematuhi kewajipan cukai mereka.

“Kami ingin tekankan aktiviti audit dan siasatan dijalankan terhadap semua orang yang tidak patuh, tanpa mengira usia, kaum, jantina atau kecenderungan politik.”

Semalam, Rafizi mendakwa LHDN menyasarkan penyokong pembangkang dan orang mati dan mendakwa beliau mempunyai buktinya.

LHDN Sangkal Rafizi Ramli


Menurut pemimpin PKR itu, peningkatan kutipan cukai pendapatan itu tidak seimbang dengan pertumbuhan ekonomi negara kerana “audit secara agresif ke atas perniagaan yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan mengutip cukai dari orang mati”.

Naib presiden PKR tu menambah media sosial turut melaporkan kes LHDN menghantar notis kepada orang mati.

Menyentuh mengenai notis kepada orang mati, Sabin berkata perkara itu bukan luar biasa dan normal mengutip hutang cukai yang harus diselesaikan.

“LHDN mengutip cukai berdasarkan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967, dan bukan hanya melalui amalan biasa,” katanya, dan menambah cukai si mati yang belum dijelaskan akan dituntut dari pengurus harta atau waris.

LHDN Sangkal Rafizi Ramli


“Pengurus harta atau waris boleh menghubungi cawangan LHDN untuk maklumat lanjut mengenai kedudukan cukai si mati.”

Difahamkan negara seperti Singapura dan Australia juga menetapkan pelaksana harta si mati menyelesaikan urusan cukai orang itu. 

LHDN Sangkal Rafizi Ramli. Sebelum ini, PHDN berkata golongan profesional, termasuk peguam, arkitek, jurutera dan doktor akan menjadi sasaran operasi audit akan datang. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan