Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan? Datuk Seri Salleh Said Keruak yang sebelum ini mendakwa barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) meminggirkan DAP, kini berkata kuasa untuk menentukan perdana menteri sekiranya pembangkang menang berada di tangan parti tersebut.
“DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ini bermakna DAP akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad or Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang cuba mereka cadangkan,” kata menteri komunikasi dan multimedia itu dalam blognya.
Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan? Khamis lalu, PH setuju melantik Anwar dan Dr Mahathir masing-masing sebagai ketua umum dan pengerusi gabungan 4 parti, sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi presiden.
Dr Mahathir juga membayangkan 4 parti itu sudah setuju melantik Anwar sebagai perdana menteri sekiranya menang pilihan raya umum akan datang, bagaimanapun berkata ia selepas pelbagai proses membebaskannya daripada penjara diselesaikan oleh “perdana menteri ke-7”, merujuk pengganti Datuk Seri Najib Razak.
Salleh sebelum ini mempersoalkan barisan kepimpinan PH, kerana tidak ada wakil DAP untuk 3 jawatan teratas.
Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan?
“Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?” soalnya Jumaat lalu.
Semalam, Salleh berkata PH cuba “menyembunyikan” fakta dominasi DAP dalam PH, dengan berkata ia rancangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan? “Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri akan kekal orang Melayu. Dia tahu inilah satu-satunya cara PH mendapatkan undi orang Melayu,” kata Salleh. - fmt
Iklan
Bukan saja menteri2 UMNO/BN yang meroyan bahkan Najib sandiri pun dah nak gila dibuatnya oleh gerangan kemantapan Harapan dengan logo barunya hinggakan Najib sanggup buang masa naik LRT dari Kajang ke Sungai Buluh dengan sindiran kononnya senang para sahabat dan rakan nak melawat penjara Sungai Buluh kita fahamlah apa yang dimaksudkan dengan siratan sebalik tersirat dan katanya lagi dari Kajang sebab WAWI wakil Dun Kajang jadi kita fahamlah siapa yang dimaksudkan sahabat tu lepas PRU14 nanti kita tunggulah Najib akan ambil alih temapat DSAI di Siungai BUluh tu dan kita akan bagi tahu pada penjara suapaya diberi no bilik ,no baju no katil dan sebagainya dengan nombor yang sama dan lepas tu kita naik Bas dari Pekan Pahang ke Sungai Buluh pula.
ReplyDeleteBuka mulut pasal pakatan haram je kata meroyan. Yang pemimpin pakatan hari2 sebut pasal umno dan bn bukan meroyan? Blogger dedak juga meroyan
ReplyDelete