Wednesday, 19 July 2017

Kejutan Dari PAS Buat PKR

Kejutan Dari PAS Buat PKR. PKR kesal terhadap tindakan Pas mengadakan program pelancaran jentera pilihan raya di Parlimen Permatang Pauh pada 16 Julai lalu.

Naib Presidennya Tian Chua berkata, tindakan Pas itu merupakan satu provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Pendirian Pas yang berikrar ingin menawan Permatang Pauh akan dipandang seolah-olah parti-parti pembangkang bercakaran sesama sendiri.

Kejutan Dari PAS Buat PKR.  "Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang menganggap ia masih sebahagian dari pihak pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN pada PRU14 kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Naib Presiden Pas Idris Ahmad melancarkan jentera parti dalam program di Kubang Semang yang dihadiri kira-kira 500 ahli dan penyokong Pas

Yang dipertuanya, Omar Hassan dalam ucapannya meminta kepimpinan Pas membenarkan mereka bertanding di kerusi itu.

Kejutan Dari PAS Buat PKR


Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu berkata, jika Pas bersungguh-sungguh menentang korupsi dan kezaliman Umno-BN, kepimpinannya harus menghentikan segala tindakan yang mencabar kesabaran PKR.

Permatang Pauh dikenali umum sebagai kerusi Parlimen yang berkait rapat dengan PKR dan menjadi lambang kebangkitan rakyat melalui gerakan Reformasi sejak PRU 1999

Sejak itu, Parlimen Permatang Pauh telah dimenangi PKR sebanyak 6 kali dalam pilihan raya umum dan kecil.

Kejutan Dari PAS Buat PKR.  "Sudah tentu PKR sanggup mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan kekuatan sendiri," tegasnya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan