Friday, 21 July 2017

Isa Samad Bakal Ditangkap?

Isa Samad Bakal Ditangkap? Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan tangkapan segera beberapa individu yang terlibat dalam pembelian hotel 4 bintang di London oleh Felda Investment Corporation (FIC), dipercayai lebih tinggi dari harga asal.

Ketua Pesuruhjaya Datuk Dzulkifli Ahmad enggan memberitahu bilangan dan jawatan individu yang akan ditangkap itu, namun tidak menolak kemungkinan ia akan membawa kepada tangkapan lanjut.

Isa Samad Bakal Ditangkap? “Selepas tangkapan kita akan ada siasatan lanjut sekiranya ada keperluan dan kalau ada keperluan untuk tangkap lagi kita akan buat,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri yang dijayakan dengan kolaborasi SPRM di Cyberjaya hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara tahun 2013 dan 2015 oleh FIC, yang dipercayai pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkaan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian jutaan ringgit.

Siasatan ini susulan maklumat yang diperoleh dalam siasatan SPRM terhadap Felda.

Isa Samad Bakal Ditangkap?

Ditubuhkan pada 2013, FIC adalah cabang pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan tumpuan kepada sektor hartanah, keraian dan minyak dan gas.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel 4 bintang di Kensington, London pada £60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata pembelian pembelian Grand Plaza Kensington itu sebahagian daripada “langkah strategik” FIC untuk mempelbagaikan aset dan memastikan ia dapat “memaksimumkan pulangan pelaburan” syarikat.

Isa Samad Bakal Ditangkap? Pembelian itu menjadi pelaburan ke-12 FIC dalam portfolio keraian, selepas Felda membayar £98 juta (RM538 juta) untuk sebuah pangsapuri perkhidmatan 198 unit di Bayswater, London pada 2013. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan