Monday, 19 June 2017

Serangan Di London, Van Rempuh Orang Ramai Di Luar Masjid

Serangan Di London, Van Rempuh Orang Ramai Di Luar Masjid. Sebuah van dilaporkan “sengaja” merempuh jemaah yang sedang keluar sebuah masjid di Finsbury Park di utara London, tengah malam tadi waktu United Kingdom (sekitar 7.00 pagi waktu Malaysia).

Beberapa media Britain memetik polis Britain sebagai berkata mereka bergegas ke tempat kejadian di Seven Sisters Road sejurus menerima laporan sekitar 11.20 malam waktu tempatan.

Serangan Di London, Van Rempuh Orang Ramai Di Luar Masjid. The Independent melaporkan orang ramai mengepung van itu. Polis turut mengesahkan seorang lelaki ditangkap.

Masjid di Finsbury Park sebelum ini menjadi sasaran tuduhan ia terbabit dalam keganasan oleh bekas pemimpin pergerakan berhaluan kanan, English Defence League (EDL), Tommy Robinson.

Dipercayai umat Islam baru saja selesai solat Tarawih.

Serangan Di London, Van Rempuh Orang Ramai Di Luar Masjid


Kejadian itu merupakan insiden berdarah ketiga berlaku di London dalam tempoh kurang sebulan, selepas peristiwa serangan di pusat bandar raya dan kebakaran Grenfell Tower di utara Kensington yang meragut puluhan nyawa.

Serangan Di London, Van Rempuh Orang Ramai Di Luar Masjid. Polis masih belum mengklasifikasikan insiden terbaru ini sebagai keganasan. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan