Thursday, 8 June 2017

Harga Minyak Terkini 8 Jun 2017

Harga Minyak Terkini 8 Jun 2017. Harga runcit mingguan petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 5 dan 7 sen, manakala diesel turun 8 sen bermula 12.01 tengah malam ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman Facebook, harga runcit bagi tempoh seminggu sehingga 14 Jun itu menjadikan harga baharu RON95 sebanyak RM2.05 seliter berbanding RM2.10 seliter minggu lepas.

Sementara harga baharu RON97 ialah RM2.31 berbanding RM2.38 seliter sebelum ini, dan harga diesel yang turun 8 sen menjadikan harga jualannya RM1.94 seliter berbanding RM2.02 seliter minggu lepas.

Harga Minyak Terkini 8 Jun 2017


Harga bahan api itu adalah bagi tempoh 8 Jun hingga 14 Jun 2017 berdasarkan penetapan kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan oleh kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini. - bernama



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan