Wednesday, 21 June 2017

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Jalan Raya Malaysia

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Jalan Raya Malaysia. Kadar kematian melibatkan kemalangan jalan raya di Malaysia adalah ketiga tertinggi di dunia, lapor Bloomberg.

Negara ini mencatatkan kadar kematian sebanyak 23% bagi setiap 100,000 penduduk, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2013, kata laporan itu.

Thailand mempunyai rekod terburuk dengan kadar kematian sebanyak 36.2% diikuti Afrika Selatan dengan 25% bagi setiap 100,000 penduduk.

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Jalan Raya Malaysia. Selain Thailand, Malaysia juga mempunyai kadar kematian tertinggi di Asia Tenggara. Negara lain termasuklah Indonesia yang mencatatkan kadar kematian 15% dan Filipina 11%.

Bertajuk “Riskiest Roads – Here’s another thing investors in emerging markets to worry about: Traffic”, Bloomberg berkata kadar kematian purata bagi negara maju adalah 9.3%, berbanding 24.1% bagi berpendapatan rendah dan 18.4% untuk negara berpendapatan sederhana.

Berita Mengejutkan Buat Pengguna Jalan Raya Malaysia


Laporan itu menyatakan pengguna jalan raya di negara berpendapatan rendah dan sederhana lebih dua kali ganda berdepan risiko kematian dalam kemalangan jalan raya berbanding di negara maju. - mi



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Mcm mana kadar kematian dinegara ini tak tinggi, kereta yg dijual mahal tetapi tidak selamat kpd penguna. Sekarang pun masih ada jual kereta baru tanpa abs & airbag. Jalan raya punteruk lubang disana-sini & beralun serta sempit. Negara maju kereta bagus & selamat, jalan pun selamat utk pengguna.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan