Patutlah Anwar Diangkat Jadi PM? Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui cadangan meletakkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-7 adalah cadangan PKR.
“Isu Anwar sebagai calon perdana menteri adalah cadangan PKR. Keputusan Pakatan Harapan akan dibincangkan bersama,” katanya.
Patutlah Anwar Diangkat Jadi PM? Beliau bagaimanapun berkata, tidak menjadi masalah kepada pemimpin PKR terhadap tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memegang plakad ‘Anwar PM ke-7’ semasa menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12.
“Tidak (jadi masalah)," katanya ringkas mengulas mengenai isu itu.
Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak mengangkat plakad tersebut, meskipun pemimpin Pakatan Haran memegang sepanduk tersebut sebagai tanda sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya gabungan pembangkang itu menang pada PRU14 nanti.
Patutlah Anwar Diangkat Jadi PM?
Mahathir dilihat bermain dengan telefon bimbitnya manakala Muhyiddin sekadar senyum dan bertepuk tangan.
Bagaimanapun, Mahathir yang ditemui pemberita selepas itu sekadar melambai dan masuk ke dalam kereta tanpa mengulas tindakannya itu. - sinar
Iklan
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..