Monday, 22 May 2017

PAS Sanggup Hilang Deposit Di PRK Pujut

PAS Sanggup Hilang Deposit Di PRK Pujut. PAS Sarawak sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, meskipun tewas teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu, kata pesuruhjayanya.

Bagaimanapun, Jofri Jaraiee berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan PAS Pusat menentukan sama ada parti itu akan menurunkan calon pada PRK DUN Pujut.

PAS Sanggup Hilang Deposit Di PRK Pujut.  “Kita akan bincang dengan PAS Pusat dan kita tunggu keputusan PAS Pusat sama ada akan bertanding atau tidak. Kemungkinan dalam minggu ini kita akan bermesyuarat.

“Kita di kawasan ini sudah bersedia kalau diminta bertanding,” katanya kepada FMT hari ini.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Pujut akan diadakan pada 4 Julai selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai adun Pujut selepas usul Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga adun Bawang Assan mendedahkan Dr Ting mempunyai 2 kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

PAS Sanggup Hilang Deposit Di PRK Pujut


Ditanya adakah PAS sedia kehilangan deposit di Pujut, Jofri berkata, pihaknya tidak memikirkan soal kalah kerana mereka nampak peluang menang di PRK itu.

“Orang nak kata PAS akan hilang deposit, kita tidak kisah sebab kita lihat peluang terbuka, kita lihat sokongan rakyat kepada PAS di Sarawak makin hari makin meningkat.

“Bagi saya, dulu BN pernah menjadi wakil rakyat, lepas itu DAP. Jadi, rakyat akan menilai dan kita harap selepas ini rakyat bagi peluang kepada PAS mewakili DUN Pujut,” katanya.

PAS Sanggup Hilang Deposit Di PRK Pujut.  Pada PRN ke-11 lalu, Dr Ting memenangi kerusi Pujut dengan 8,899 undi, menewaskan calon BN, Hii King Chiong yang mendapat 7,140 undi, calon PAS, Jofri (513 undi) dan calon Bebas, Fong Pau Teck (375 undi). - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



4 comments:

  1. Saya nasihatkan Pesuruhjaya PAS Sarawak jangan buang duit ...deposit tak banyak mana ...kalau dikira semua perbelanjaan kempen untuk 2 minggu tu mungkin mencecah RM100 000. Adalah lebih afdal duit tu dikumpulkan dan diberi kepada rumah anak yatim, ibu tunggal, orang tua dan rumah kebajikan ...itu baru politik sejahtera..ukur baju dibadan sendiri la tuan

    ReplyDelete
  2. Elok jugak.
    Kurang sikit yg akan undi umno

    ReplyDelete
  3. Jgn hilang kerakyatan dah la...kan susah2 menang...dibatalkan...x gitu..tapi apakan daya...wakil dap...klu wakik pas...pong pang pong pang

    ReplyDelete
  4. Hi there to every body, it's my first pay a quick visit of this webpage;
    this weblog consists of remarkable and truly good data designed for visitors.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan