Wednesday, 12 April 2017

Banjir Kilat Di Lembah Klang

Banjir Kilat Di Lembah Klang. Beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat akibat hujan lebat lebih empat jam tanpa henti sejak kira-kira 3 petang tadi.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Balai bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Saibani Maarif berkata keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas akibat air bertakung di beberapa kawasan termasuk Jalan Sentul, Batu Muda Tambahan dan Persiaran Ampang Hilir.

Banjir Kilat Di Lembah Klang. "Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Zoo Negara juga tidak boleh dilalui kenderaan ringan di kedua-dua arah setelah ia dinaiki air kira-kira 0.6 meter," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selain itu, Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini dilanda banjir kilat manakala air Sungai Bunus yang hampir melimpah turut mencemaskan para petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak di sini.

Petugas Bernama yang dimaklumkan tentang paras sungai itu kira-kira 5.30 petang bergegas keluar bangunan untuk mengalihkan kenderaan masing-masing yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran sungai itu.

Banjir Kilat Di Lembah Klang


Wartawan Bernama, Balqis Jamaludin, 29, suasana sedikit kecoh apabila beliau dan ratusan kakitangan pertubuhan itu diarahkan mengalih kenderaan mereka kerana untuk mengelaknya ditenggelami sekiranya air Sungai Bunus melimpah. 

"Kakitangan yang bertugas syif biasa juga diarahkan pulang awal...bagaimanapun, kami bersyukur kerana hujan reda lewat petang ini," katanya.

Seorang petugas Pulapol, Fazril Aznil, 24, berkata beberapa bilik kelas agama di pusat latihan polis itu digenangi air sehingga menyebabkan kelengkapan dan perabut basah.

"Syukur bangunan pejabat di sini tidak dimasuki air dan air yang bertakung surut mulai 6 petang," katanya.

Banjir Kilat Di Lembah Klang


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata hujan lebat juga menyebabkan paras air di beberapa sungai di negeri itu naik hingga ke paras bahaya iaitu 0.5 meter.

Paras air di Sungai Kelang dan Sungai Gisir juga melimpah hingga menjejaskan kawasan kediaman penduduk berhampiran.

"Sebanyak 10 rumah terjejas akibat limpahan sungai di kawasan itu namun, tiada mangsa yang dipindahkan setakat ini," katanya.

Petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan dan ia dijangka berterusan sehingga awal malam ini.

Banjir Kilat Di Lembah Klang. Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Sarawak. - bernama



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. MetMalaysia kena lah keluarkan amaran ramalan Lebih Awal..Bukan nya selepas berlakunya banjir..

    ReplyDelete
  2. Anonymous9/26/2012 8:08 AM
    Kepada Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang hormati sekian,
    Bahawa saya, peguam Yip Jiun Hann, Pemuda MCA Gombak seorang anak Yip Kum Fook ingin bertanya mengapa orang ramai begitu dengki bapa saya beristeri lebih dari tiga? Ini sebuah Negeri demokrasi, dia mahu sepuluh isteri pun hak dia sendiri, sekiranya dia bolih bertanggujawab.

    Demi Islam pun bolih berkahwin lebih daripada empat perempuan. Saya harap orang ramai berfaham dan jangan bodoh.

    Kalau semua mahu cabar demokrasi dan hak asasi, orang ramai bolih bertanya pada YB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak and Pengurusi MCA Malaysia Datuk Dr. Chua Soi Lek, kerana memperbuatan mereka sama dengan bapa saya.

    Yang benar

    Pemuda MCA Gombak
    Sdr. Yip Jiun Hann

    http://margeemar.blogspot.com/2012/06/malaysia-between-les-majeste-treason.html

    REPLY:

    Anon 19:31 @Yip Jiun Hann. saya pekenal saya diri sendiri nama seorang lawyer jugak Marapoo a/l Tanyasapa. Ini orang Malaysia juga ada busybody takdak mau respeck sama demokrasi dak hak-hak kemanusiaan. Saya punya appa juga ada kawin 9 kali estet juga buat. Itu saya punya appa kasi bilang ini Malaysia duduk banyak freedom apa..India, Cina , Malayu juga boleh kasi kawin.Tapi itu Islam kasi kawin Ampat saja Mr.Yip, takda kasi lebih. Tuhan Alah cakap dalam Kitab Kuran kasi kawin satoo,duaa,tigaa, ampaaat. Tapi itu jam kaloo takda bole kontrol mari, angkat satoo jugak Mr Yip. You itu jam angkat Loyer mana ounya tempat?? Univesiti TonSan mana?? Mr.Yip itu main belakang mari pun sini undang2 Malaysia takda kasi macam isteri juga. Itu main banyak2 belakang nanti tabley kira macam you punya bapak loo. Ayoo yoo dey

    http://medantempurkedah.blogspot.com/2012/07/kebodohan-suara-keadilan-persoal-kenapa.html

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan