Monday, 4 July 2016

Shafie Apdal Umum Keluar Umno

Shafie Apdal Umum Keluar Umno. Susulan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno sebelum ini, Datuk Shafie Apdal hari ini mengumumkan untuk keluar daripada parti berkenaan.

Menurut Shafie, walaupun telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.

Shafie Apdal Umum Keluar Umno.  “Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, sebentar tadi.

24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno(MT) memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Shafie Apdal Umum Keluar Umno


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu turut berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Dalam ucapannya, Shafie mengingatkan rakyat di negeri itu agar tidak menjual undi mereka hanya untuk mendapat wang bernilai RM300-RM500 namun mereka menderita bagi tempoh lima tahun berikutnya.

Shafie Apdal Umum Keluar Umno


“Jangan pilih saya sebab parti, sebab agama, sebaba bangsa atau warna kulit tapi undi saya kerana perkhidmatan saya,”katanya yang disambut sorakan oleh penyokong yang hadir di program tersebut.

Shafie Apdal Umum Keluar Umno. Selain itu, dalam sidang media selepas pengumuman itu, Shafie turut menafikan dakwaan yang menyebut beliau menyertai parti lain.Beliau turut memaklumkan masih belum memutuskan perancangan untuk masa depan politiknya selepas ini.




1 comment:

  1. Shafie perlu awas. Dulu Almarhum Tun Mustapha kerjaya politiknya pernah digugat oleh bapa Najib. Sekarang perkara serupa mungkin berulang.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Artikel Berkaitan