Rahsia Besar Presiden PAS Terbongkar Lagi. Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.
Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.
Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.
Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.
"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.
Rahsia Besar Presiden PAS Terbongkar Lagi
Rahsia Besar Presiden PAS Terbongkar Lagi
Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.
Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.
Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.
PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.
Minggu lau, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan rancangan Hadi yang merancang untuk membentuk kerajaan kerajaan perpaduan di Selangor selepas PKR dan DAP menarik sokongan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu.
Khalid Ibrahim memegang kuasa selama dua minggu dengan sokongan PAS dan ADUN Umno selepas PKR dan DAP menggugurkan sokongan selepas beliau dipecat dari PKR.
Mengesahkan dakwaan Husam itu, Khalid Samad mendakwa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ditawarkan sebagai menteri besar kepada kerajaan perpaduan yang dicadangkan.
Khalid berkata berlaku selepas dua ADUN PAS menarik sokongan kepada Khalid yang menyebabkan sultan memanggil Khalid ke istana, katanya.
Rahsia Besar Presiden PAS Terbongkar Lagi
Rahsia Besar Presiden PAS Terbongkar Lagi
"Yang ditawar pada Azmin, bukan diberitahu kita. Kita AJK PAS pusat. Tiba-tiba kita dengar. Siapa yang beritahu? Azmin yang beritahu.
"Azmin terkejut. Dia beritahu pada Dr Hatta (Ramli) dan Dr Hatta beritahu kita dan kita bawa pada AJK PAS Pusat.
"Dia kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?' apa? Lalu benda yang dibuat. Dia (Hadi) tawarkan, bukan dia bincang dengan kita," kata Khalid Samad.
TGHH tak perlu sanggah pun akan dakwaan husam musa yg PAS pernah hendak bekerjasama dgn UMNO di Selangor demi kebaikan rakyat serta memenuhi hasrat sultan yg x mahukan MB wanita... memang kami sanggup bekerjasama dgn pelbagai pihak demi kebaikan rakyat jelata.. simple je benda nih.. nampak tak sekarang DAP tolak hudud..? jadi dah x nampak kebaikan utk rakyat kelantan yg dahagakan hudud jika terus bekerjasama dgn DAP.. so memang perlu malah dah sampai tahap wajib utk putuskan hubungan dgn DAP.. ini juga bermakna adalah tepat puak2 mengaku profesional disingkirkan masa muktamar yg masih dambakan perhatian DAP yg secara terang2an tetap bencikan hudud walaupun PAS sudah mengumumkan hudud bukan utk non muslim x spt sebelum itu.. kita dah berlembut tapi DAP masih berkeras.. ini sudah memenuhi ciri2 kafir harbi.. bijak sungguh bacaan politik ahli2 PAS ketika memilih pemimpin.. Syukur Alhamdulillah..
ReplyDelete