Wednesday, 22 March 2023

Ladang Kerabat Diraja Johor Diarahkan Berhenti Kerja

Ladang Kerabat Diraja Johor Diarahkan Berhenti Kerja | Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengarahkan sebuah ladang kelapa sawit yang mempunyai pertalian dengan kerabat diraja Johor untuk menghentikan kerja tanah dan perladangan selepas dikatakan membuka tanah tanpa kelulusannya.

Dalam jawapan parlimen semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata siasatan jabatan itu mendapati AA Sawit Sdn Bhd telah mula membangunkan ladang di Endau, Johor, tanpa penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang diluluskan.

Friday, 17 March 2023

PAS Fitnah Menteri Belia Dan Sukan Lagi?

PAS Fitnah Menteri Belia Dan Sukan Lagi? | Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyangkal dakwaan seorang pemimpin PAS bahawa Kelantan dinafikan hak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 seperti yang tular di pelbagai platform media sosial ketika ini.

Yeoh berkata pihaknya juga telah membuat laporan polis terhadap dakwaan terbabit berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed yang disiarkan Harakah dan Facebook.

Thursday, 16 March 2023

Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Exco Terengganu

Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Exco Terengganu | Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap exco negeri Mohd Nor Hamzah yang tidak hadir hari ini untuk menyambung keterangan dalam pendengaran petisyen pilihan raya bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.

Peguam Amin Othman, yang bertindak bagi pempetisyen Jasmira Othman berkata hakim Hassan Abdul Ghani mengeluarkan waran tangkap apabila Mohd Nor tidak hadir pada prosiding hari ini.

Muafakat Nasional Berkubur.. Ini Buktinya?

Muafakat Nasional Berkubur.. Ini Buktinya? | Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik, namun pada masa ini pihaknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan