Friday, 13 September 2019

White Rabbit Candy Tidak Halal

White Rabbit Candy Tidak Halal. Gula-gula susu "White Rabbit Creamy Candy" yang diimport dari China disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, menjelaskan perkara tersebut dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

Turut berkata memang terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.

White Rabbit Candy Tidak Halal


Sebelum ini, status halal gula-gula yang popular bukan sahaja di China, malah di negara ini, sering menjadi perdebatan dan dipersoal di laman sosial.

Ini terutama selepas jabatan agama sebuah negara jiran, mengesahkan gula-gula ini mengandungi bahan yang tidak halal.

Fuziah mengingatkan masyarakat supaya lebih peka memilih makanan dan memandang serius aspek halal.


White Rabbit Candy Tidak Halal


Beliau menghadiri Majlis Muafakat Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia YADIM bersama NGO wanita islam di Bangi. - rtm






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...