Monday, 9 September 2019

Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara?

Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara?  Walaupun dibenarkan mengikut undang-undang, penggunaan cai dalam Pemilihan Amanah 2019 dilihat boleh membawa musibah jangka panjang buat parti yang masih muda itu, kata salah seorang pemimpinnya.

Naib Pengerusi Amanah Perak Muhaimin Sulam berkata hal itu diburukkan lagi dengan psikologi orang Melayu yang suka memendam dendam sehingga menimbulkan permusuhan jangka masa panjang.

“(Kesannya) psikologi orang Melayu, memendam dendam, kita tak boleh kata meraikan demokrasi, tapi masyarakat kita tak macam barat yang agak terbuka berbanding orang kita.

Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara?


“Orang kita kalau gaduh sampai satu generasi baru habis permusuhan antara mereka, jadi saya rasa tak berapa manis amalan (cai) dari segi amalan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Muhaimin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan parti itu yang memperkenalkan sistem cai dalam pemilihan mereka kali ini.

Pada 31 Julai lalu, Setiausaha Pemuda Amanah Fadzil Ahmad dilaporkan berkata terdapat perbezaan yang jelas antaranya 'cai' semasa di zaman PAS dahulu dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tertutup.

Muhaimin bagaimanapun berkata walaupun sistem 'cai' telah dilaksanakan dalam pelbagai organisasi parti namun katanya Amanah perlu memberi ruang seluasnya kepada ahli mereka untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak.

Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara?


“Cai seperti mengikat, memaksa dan ada unsur arahan yg hilang kebijaksaan pemilih untuk memilih pemimpin yang seharusnya jadi pemimpin,” katanya.

Amanah dijangka mengadakan pemilihan parti tahun ini, yang dimulakan dengan Mesyuarat Agung Tahunan peringkat kawasan bermula 1 Julai lalu sehingga 31 Ogos depan.

Buat masa ini, sayap pemuda Amanah dilihat berpecah kepada tiga kem iaitu Pemuda Bangkit, Pemuda Bekerja dan Pemuda Wibawa yang mempunyai pemimpinnya sendiri.

Untuk rekod, pasukan Pemuda Bekerja diketuai oleh Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Ketua Pemuda Amanah Selangor, Abbas Azmi menerajui kumpulan Pemuda Bangkit.

Manakala Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Wan Anwar Wan Ibrahim pula mengetuai kem Pemuda Wibawa.

Ditanya adakah sistem cai merupakan langkah kebelakang memandangkan Amanah yang lahir daripada perpecahan PAS yang mengamalkan konsep berkenaan, Muhaimin berkata perkara itu perlu dikawal supaya “pisang tidak berbuah dua kali”.

Tragedi Pemilihan Parti Amanah Negara?


Pensyarah universiti itu juga berkata Amanah masih terlalu muda dan perlu mengukuhkan partinya dahulu.

Beliau juga mencadangkan supaya pemimpin Amanah duduk sama-sama berbincang mengenai isu ini dan mencari jalan penyelesaian.

“Saya rasa begitulah (duduk berbincang). saya rasa pemimpin jangan diatur oleh pengikut, pemimpin mesti mengatur pengikut tapi saya takut cai ini bukan kehendak pimpinan tapi segelintir orang-orang yang nak caturkan pemimpin, seharusnya pemimpin caturkan masyarakat, orang bawah,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir dan sedang menunggu maklum balas. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...