Monday, 9 September 2019

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Keputeraan Yang Di Pertuan Agung

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Keputeraan Yang Di Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan kepada seramai 795 individu sempena Hari Keputeraan baginda.

Mendahului senarai penerima pingat Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri adalah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Zulkifli Zainal Abidin

Antara 15 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang juga membawa gelaran Tan Sri termasuklah Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak David Wong, Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan pegawai lain berpangkat tinggi.

Ketiadaan senarai nama ahli politik terkemuka daripada senarai penghormatan tersebut merupakan trend yang dilihat sejak Februari apabila 200 anugerah diberikan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2019, namun hanya seorang ahli politik terkenal berada dalam senarai itu iaitu anggota parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus.

Jumlah senarai penerima juga menurun daripada 370 pada tahun yang sama.

Tahun lepas bekas Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V tidak memberi sebarang darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda.

Pada tahun 2017 dan 2016 menyaksikan sejumlah besar darjah kebesaran diberikan.

Pada tahun 2017 Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan darjah kebesaran kepada 1,518 penerima.

Senarai Penerima Darjah Kebesaran Keputeraan Yang Di Pertuan Agung


Senarai penerima pada masa itu termasuk ahli politik terkemuka seperti Musa Aman, S Samy Vellu, S Vigneswaran, bekas menteri MCA Michael Chen, bekas anggota parlimen Tebrau Khoo Soo Seang dan bekas naib presiden MCA, Woon See Chin.

Pada tahun 2016, seramai 1,546 individu menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ahli politik yang dianugerahkan darjah kebesaran tersebut termasuk Shahrizat Abdul Jalil, Noh Omar, S Nallakaruppan dan Ezam Md Noor.

Sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda perkenan untuk menganugerahkan kepada 795 individu Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.

Daripada jumlah itu, 42 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Negara, hari ini.


Senarai Penerima Darjah Kebesaran Keputeraan Yang Di Pertuan Agung


Senarai penerima darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran “Tan Sri”.
-Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat
-Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar
-Panglima Angkatan Tentera Jen Zulkifli Zainal Abidin

Senarai penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri”.
-Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof,
-Hakim Besar Sabah Sarawak Wong Dak Wah @ David Wong
-Peguam Negara Tommy Thomas
-Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador
-Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Borhan Dolah
-Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim
-Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir
-Ketua Setiausaha kepada perdana menteri Badariah Arshad
-Panglima Tentera Darat Jen Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi
-Panglima Tentera Laut Laksamana Mohd Reza Mohd Sany
-Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Balia Yusof Wahi
-Pengerusi Eksekutif Kumpulan MFDM Holdings Sdn Bhd Mahamad Fathil Mahmood
-Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai
-Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) Chuah Hean Teik
-Peguam Negara Qatar Ali Mehsin A R Fetais.


Senarai Penerima Darjah Kebesaran Keputeraan Yang Di Pertuan Agung


Antara penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD), yang masing-masing membawa gelaran “Datuk”.
-Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini
-Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri Rozainor Ramli
-Ketua Pengarah Keselamatan Negara Engku Hamzah Tuan Mat
-Duta Besar Malaysia ke Republik Korea Mohd Ashri Muda
-Bekas Datuk Paduka Maharaja Lela Mej Jen (B) Mamat Ariffin Abdullah.






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...