Saturday, 7 September 2019

Penyatuan Ummah Tukar Jadi Penyatuan Nasional

Penyatuan Ummah Tukar Jadi Penyatuan Nasional. Projek kerjasama Umno dan PAS yang bertemakan perpaduan ummah mungkin akan ditukar kepada perpaduan nasional untuk menjadikan ia lebih inklusif kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Menurut sumber, dengan penggunaan kalimah "ummah" ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata.

Sedangkan, katanya, kerjasama tersebut dibina dengan merangkumi rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baru bagi piagam kerjasama Umno dan PAS yang akan dimeterai pada 14 Sept nanti.

"Kedua-dua parti mahu agenda itu dilihat lebih inklusif dan tidak berfokus semata-mata kepada agenda untuk umat Melayu, Islam," katanya kepada Malaysiakini.

Penyatuan Ummah Tukar Jadi Penyatuan Nasional


Pada 31 Ogos lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan , memaklumkan pihaknya memutuskan untuk menukar tema penyatuan ummah - yang digunakan secara meluas ketika ini - kepada nama lain.

Menurut Mohamad, perkara itu diputuskan ekoran terdapat pertikaian berhubung tema tersebut, selain mahu menggambarkan penyertaan semua kaum di negara ini.

Akan jadi sejarah

"Ada orang kata 'ummah' itu hanya untuk orang Islam sedangkan ia hanya perkataan Arab untuk umat atau masyarakat.

"Kita ambil maklum pertikaian ini dan akan tukar tema itu adalam fasa kedua kelak," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Sementara itu, Malaysiakini mendapatkan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman bagi mengesahkan tentang tema berkenaan.

Tajuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan meminta supaya orang ramai menunggu pengumuman pada hari piagam berkenaan ditandatangani.

Bagaimanapun anggota parlimen Pasir Salak itu mengakui agenda kerjasama itu perlu dilihat lebih menyeluruh buat semua rakyat Malaysia.

Penyatuan Ummah Tukar Jadi Penyatuan Nasional


"Kami mahu menyelamat rakyat Malaysia, bukan saja orang Melayu, tetapi semua bangsa dan agama daripada pentadbiran PH.

"Kami mempunyai agenda yang lebih luas untuk mewujudkan kesedaran rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersatu.

"Dengan kata lain, perpaduan ummah itu tidak hanya berfokus kepada orang Melayu Islam semata-mata, tetapi untuk semua," katanya lagi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata pemimpin kedua-dua parti telah meneliti dan memuktamadkan kandungan piagam yang akan dimeterai 14 Sept nanti.

Penyatuan Ummah Tukar Jadi Penyatuan Nasional


Katanya, perhimpunan itu akan menjadi sejarah negara apabila dua parti dominan orang Melayu dan penganut Islam bekerjasama secara rasmi. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









2 comments:

  1. Harap org melayu fikirkan dan sedar ttg realiti kehidupan. Kita jgn terlalu fanatik percaya kpd seseorg atau kebaikan seseorg dan terus membenci seseorg lain semata2 berdasarkan pendirian politik msg2.
    Contoh 1.
    Sebelum ini Datuk Seri Najib (DSN) mati2an nafi beliau kenal Jho Lo(JL). Jk DSN masih PM, kita akan terus percaya bahawa beliau tidak langsung kenal JL. Skrg mahkamah dah buktikan bahawa DSN bukan shj kenal JL..... Soalan seterusnya knp DSN nak menafikan sgt2 bahawa beliau kenal JL jk tiada apa yg nak disembunyikan.
    Contoh 2.
    Sebelum ini seorg ulama parti islam pun mati2 menafikan bahawa org yg didakwa bercakap dlm satu rakaman audio adalah beliau. Akhirnya bila terbukti secara saintifik, beliau pun terpaksa mengaku. Mcm2 dalih pula diberi.
    Kesimpulan.
    Jgn terlalu percaya kpd seseorg, walau pun berstatus ulama. Bila terdesak mrk tak akan teragak2 berbohong utk menyelamatkan diri. Apa agaknya hukum berbohong dlm Islam?

    ReplyDelete
  2. Mereka hanyalahah PENUNGGANG. Yang berkecimpung dalam soal bangsa, akan menunggang bangsa. Yang berkecimpung dalam agama akan menunggang agama. Mere itu oportunis sebenarnya. Maka, menjadi mangsalah mereka yang taasub dan taat membuta tuli. Mahukan kita dimangsakan mereka? Saya PANTANG dimangsakan!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...