Friday, 6 September 2019

Kelayakan Piala Dunia 2022 : Muhamadou Sumareh Satu Pelaburan Yang Berbaloi

Kelayakan Piala Dunia 2022 : Muhamadou Sumareh Satu Pelaburan Yang Berbaloi. Satu ‘pelaburan’ berbaloi apabila menjadikan Muhamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi menyaksikan pemain kelahiran Gambia itu meledak gol kemenangan untuk Malaysia mengatasi Indonesia 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Dalam saingan yang penuh tegang itu di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta itu, turut menyaksikan perlawanan terpaksa dihentikan hampir 10 minit pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong pelawat termasuk melontar suar.

Dalam aksi itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-11 selepas pemain tertua dalam barisan Indonesia berusia 38 tahun, Alberto Goncalves menolak mudah lorongan cantik Saddil Ramdani untuk menundukkan Farizal Marlias.

Kelayakan Piala Dunia 2022 : Muhamadou Sumareh Satu Pelaburan Yang Berbaloi


Malaysia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Sumareh yang meledak jaringan pertamanya bersama skuad kebangsaan pada minit ke-37 menerusi kuisan mudah untuk menewaskan Andritany Ardhiyasa.

Kegembiraan Malaysia tidak bertahan lama apabila skuad Garuda kembali di hadapan sekali lagi menerusi jaringan penyerang naturalisasi Indonesia, Goncalves yang merembat deras hantaran Andik Vermansah dari luar kotak penalti seminit kemudian.

Malaysia bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-65 selepas menanduk masuk hantaran Muhamad Safawi Rasid.

Kelayakan Piala Dunia 2022 : Muhamadou Sumareh Satu Pelaburan Yang Berbaloi


Sumareh membuktikan kecemerlangannya dengan meledak jaringan peribadi keduanya pada masa kecederaan selepas menerima hantaran Matthew Davies bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata penting dalam perlawanan itu. - utusan



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...