Monday, 9 September 2019

JAKIM Saran Solat Sunat Istisqa Kerana Jerebu

JAKIM Saran Solat Sunat Istisqa Kerana Jerebu. Semua masjid di seluruh negara disaran melaksanakan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan dan mengurangkan masalah jerebu yang melanda beberapa kawasan di Malaysia sekarang.

Untuk tujuan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim, berkata pihaknya memohon kerjasama semua pentadbir agama Islam negeri.

"Jakim memohon jasa baik dan kerjasama jabatan agama Islam negeri di seluruh Malaysia untuk meminta semua masjid di bawah pentadbiran masing-masing melaksanakan solat sunat Istisqa bagi tujuan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

JAKIM Saran Solat Sunat Istisqa Kerana Jerebu


Mohamad Nordin berkata tiga masjid utama di bawah Jakim iaitu Masjid Negara - di Kuala Lumpur - serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin - di Putrajaya - akan melakukan solat sunat itu selepas solat Isyak malam ini.

Beliau menjemput orang ramai untuk hadir menjayakannya.

JAKIM Saran Solat Sunat Istisqa Kerana Jerebu


Menurut Mohamad Nordin, syor mengadakan solat sunat itu dibuat oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi










No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...