Friday, 6 September 2019

Himpunan Penyatuan Ummah : PAS Selangor Gerakkan 11,000 Ahli

Himpunan Penyatuan Ummah : PAS Selangor Gerakkan 11,000 Ahli. Pas Selangor akan menggerakkan seramai 11,000 penyokong dan ahli bagi Himpunan Penyatuan Ummah yang akan diadakan selama dua hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13 dan 14 September ini.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pas Selangor sentiasa komited untuk menjayakan program bersejarah itu.

"Program bersejarah yang kemuncaknya akan menyaksikan pemasyhuran piagam kerjasama Pas-UMNO itu diyakini akan menyemarakkan lagi sokongan rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam terhadap perjuangan kedua buah parti Melayu Islam terbesar dalam negara itu.

Himpunan Penyatuan Ummah : PAS Selangor Gerakkan 11,000 Ahli


"Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi telah mengeluarkan arahan agar Pas Selangor diwakili oleh sekurang-kurangnya 11,000 penyokong dan ahli yang akan berhimpun bersama lautan penyokong dan ahli Pas dan UMNO seluruh negara," katanya pada satu kenyataan.

Menurutnya, semoga kehadiran yang besar ini akan memberi isyarat dan harapan kepada semua pihak.

Himpunan Penyatuan Ummah : PAS Selangor Gerakkan 11,000 Ahli


"Sekaligus dengan penyertaan ahli dan semua pihak terlibat menunjukkan Piagam Penyatuan Ummah ini mendapat restu dan sokongan seluruh rakyat dan bakal melakarkan landskap baru politik negara," katanya. - sinar



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...