Friday, 13 September 2019

Harvest Moon Akan Muncul Malam Ini

Harvest Moon Akan Muncul Malam Ini. Fenomena bulan purnama unik atau Harvest Moon akan muncul buat pertama kali dalam tempoh 19 tahun dan ia juga kelihatan lebih kecil daripada biasa.

Bulan purnama tersebut yang paling hampir dengan ekuinoks musim gugur pada bulan September akan menerangi langit malam pada malam ini dan esok di sesetengah kawasan untuk kali pertama sejak 13 Oktober 2000.

Masa terbaik untuk melihatnya bergantung kepada zon waktu dan tempat terbaik untuk melihat fenomena bulan penuh ini adalah lokasi terbuka.

Selain itu, corak cuaca hari itu juga akan membantu menentukan tempat untuk mendapatkan pemandangan yang sempurna.

Harvest Moon Akan Muncul Malam Ini


Menurut Farmers Almanac yang menyediakan ramalan kaji cuaca jangka panjang, fenomena itu berlaku secara purata pada setiap 20 tahun.

Walaupun fenomena ini hanya berlaku sekali setiap dua dekad, itu bukan satu-satunya sebab bulan penuh pada tahun ini adalah berbeza.

Tahun ini bulan hampir bertepatan dengan apogee atau titik di orbit planet ketika ia berada pada jarak 405,715 kilometer dari Bumi.

Jarak itu akan menjadikan bulan 14 peratus lebih kecil dan merupakan sebab mengapa sesetengahnya merujuknya sebagai 'Micro Moon'.

Harvest Moon Akan Muncul Malam Ini


Fenomena bulan purnama ini mendapat namanya kerana para petani mampu bekerja lewat malam kerana diterangi cahaya bulan. - agensi






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi






1 comment:

  1. Untuk rekod hari ini 13 September 2019 angkasa Malaysia diselaputi jerebu. Walaupun hujan lebat jerebu masih tebal. InsyaAllah jika ada rezeki kita dapat melihat Harvest Moon malam ini.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...