Thursday, 5 September 2019

Cerita Disebalik Pemergian Mejar Mohd Zahir Armaya

Cerita Disebalik Pemergian Mejar Mohd Zahir Armaya. Sedu-sedan dan esakan tangis Nour Shafinar Harun,31, isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak terbendung lagi apabila mengenangkan suami tercinta pergi untuk selamanya.

Berkongsi pilunya, Nour Shafinar berkata, sewaktu suaminya berlepas ke Sabah pada 26 Ogos lalu, tiada perubahan ketara namun, dia merasakan suaminya cuba menjauhkan diri daripadanya.

Cerita Disebalik Pemergian Mejar Mohd Zahir Armaya. "Ketika menghantar dia ke Lapangan Terbang Subang, dia salam dan sayang (cium) macam biasa. Saya minta maaf dan halalkan makan minum saya.

"Saya rasa amat marah sewaktu di pergi ke Sabah, saya tahu dia pergi atas tugas. Tapi bila dah sampai sana, saya dapat rasa dia menjauhkan diri dengan saya. Dia bagi saya marah dia, macam nak jauhkan diri daripada saya.

"Saya kata kalau saya menyusahkan dia, lepaskan saya dengan cara baik. Tapi dia tidak cakap banyak," katanya sebak.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, dalam panggilan terakhirnya dia meluahkan rasa sayang dan rindu kepada suaminya.

"Saya telefon dia, saya beritahu saya rindu dan sayang dia. Dia cuma jawab sayang dan dia tidak cakap banyak dan itu kali terakhir saya cakap dengan dia.

Cerita Disebalik Pemergian Mejar Mohd Zahir Armaya


"Sepanjang perkahwinan dengan dia, kami bahagia dia memang lelaki sempurna bagi saya. Saya rasa bertuah sangat hidup dengan dia. ALLAH pinjamkan dia sekejap sahaja," katanya.

Selain itu, Nour Shafinar berkata, 25 Ogos lalu, dalam perjalanan mereka berdua ke Melaka untuk berjumpa anak- anak, suaminya meminta mereka sekeluarga berpindah ke Perak.

"25 Ogos itu saya bawa dia balik ke Melaka untuk jumpa anak-anak. Dalam perjalanan dia ada beritahu saya supaya saya balik ke Perak. Saya sudah habis berkhidmat. Dia bagi kata putus untuk pindah ke Perak, senang dia nak tukar tempat kerja.

"Saya pegang kata-kata dia, dan pindah ke Perak dan kerja di Batu Gajah, dia tak bagi saya cari rumah di sana, tapi cari rumah dekat dengan ibu.

"Katanya kalau jadi apa-apa senang. Saya pun cari dekat Perak, tidak sangka perkara ini jadi secepat ini," ujarnya.

Bercerita mengenai insiden malang yang menimpa suaminya, Nour Shafinar berkata, dia hanya menerima panggilan daripada pegawai tentera di Sabah yang memaklumkan suaminya sudah meninggal dunia.

Cerita Disebalik Pemergian Mejar Mohd Zahir Armaya


"Cuma berita itu sahaja saya terima. Saya tidak tengok lagi apa-apa video mengenai kejadian," jelasnya.

Terdahulu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang Dipertuan Agong, Kolonel (B), Nazim Mohd Alim hadir mewakili Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Kehadiran saya adalah mewakili Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk menyatakan rasa simpati atas pemergian Allahyarham.

Cerita Disebalik Pemergian Mejar Mohd Zahir Armaya. "Saya juga turut menitipkan sumbangan bagi pihak baginda berdua buat isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun," katanya. - sinar




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









2 comments:

  1. KIKIKI SARAWAK REPOT JADI RUJUKAN
    WSJ HOLLYWOOD JADI SANDARAN SAJA
    BUKTI KE LAUT DALAM JADI IGAUAN
    FITNAH SUDAH DIJAJA MERSTA DOONIA


    BAHANA KERAJAAN FITNAH ... RAKYAT DAPAT BAHANA..


    AL FATIHAH


    KAN DAH MENDAPAT..


    #BUYPRUDUCTMUSLIMONLINE

    ReplyDelete
  2. Gimik pasukan khas komando bukan lah perkara baru: Sudah menjadi tradisi.
    2. Mengikut aturan alam, jika 100 perkara/persembahan/lakonan dan apa juga perkara sewaktu dengan nya dilakukan, kewujudan 1 kecelakaan adalah perkara yang sukar dielakkan.
    3. Tujuan nya agar kita mengambil iktibar dan sebagai Panduan untuk masa yang akan datang; "as a buffer solution"

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...