Wednesday, 4 September 2019

Anak AR Badul Meninggal Dunia Ditembak

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat kes kematian anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya diselesaikan.

"Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluargaa aAllahyarham," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zahir, anak sulung seniman veteran tanah air AR Badul, meninggal dunia ketika gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Satu video kira-kira 30 saat dikatakan tragedi itu kini tersebar di media sosial

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian, mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak oleh anggota tentera di majlis bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Mangsa dilaporkan rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan.

Bagaimanapun, mangsa tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah, versi atas talian akhbar itu lagi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi.

"Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," kata menteri.

"Saya berharap keluarga kepada allaharyam tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini," tambah beliau.

Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulu. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









1 comment:

  1. bahana pemimpin rakyat menderita

    elephant fight with elephant grass suffer in the middle

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...