Wednesday, 28 August 2019

Pendakwaan Akan Buktikan Jho Low Dibelakang Najib

Perbicaraan rasuah 1MDB terhadap Najib Razak bermula hari ini dengan pendakwaan menyatakan mereka akan membuktikan ahli perniagaan Low Taek Jho adalah cerminan kepada bekas perdana menteri itu.

"Watak utama dalam perkara ini ialah seorang lelaki bernama Low Taek Jho atau Jho Low. Dia pelarian dari keadilan. Dia terlibat dalam Terengganu Investment Authority dan kemudian 1MDB.

"Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh (Najib) menerusi kata-kata dan kelakuannya, menjadikan jelas kepada pegawai-pegawai 1MDB, lembaga dan lain-lain bahawa Jho Low ialah alter egonya.

"Sebenarnya, Jho Low adalah cerminan imej tertuduh. Pendakwaan akan membuktikan fakta yang akan memberikan kesimpulan yang tidak dapat dinafikan bahawa Jho Low dan tertuduh bertindak sebagai satu (entiti) pada setiap masa," kata ketua pendakwaan Gopal Sri Ram kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.

Najib dihadapkan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB. - mk




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...