Wednesday, 14 August 2019

Mahathir Bagi Warning

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyelar mereka yang mengkritik keputusannya mengenai beberapa isu yang tidak popular dengan penyokong akar umbi Pakatan Harapan.

Mahathir, ketika ditanya mengenai desakan Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu yang berkeras bahawa keputusan menutup Lynas tidak akan menakutkan pelabur seperti yang didakwa oleh perdana menteri, secara sinis berkata beliau akan berunding dengan pemimpin DAP itu pada masa akan datang sebelum membuat keputusannya.

“Itu pendapat saya. Pendapat dia bila (kerajaan) halau Lynas ramai pelabur asing akan datang.

“Itu dia punya pendapat. Saya punya pendapat lain. Saya tak tanya dia, sepatutnya saya tanya dia dulu sebelum saya cakap,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Program Korban di Masjid Al Huda Padang Matsirat, di Langkawi, hari ini.

Mahathir juga ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menyatakan kebimbangan bahawa kekerapan perdana menteri membuat keputusan sepihak semakin membimbangkan.

Ahli Parlimen DAP itu memberikan isu pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil dan desakan supaya pendakwah tersohor Islam, Zakir Naik diusir dari negara ini sebagai contoh.

Kata Santiago, buat masa ini, kuasa yang begitu luas terletak di tangan Dr Mahathir walaupun dia datang dari parti yang kecil, sedangkan kuasa membuat keputusan perlu dikongsi bersama di kalangan parti komponen dalam PH.

Menjawap bidasan itu, Mahathir sekali lagi secara sinis ‘mengiktiraf’ Santiago yang menurutnya mempunyai kedudukan yang setaraf dengannya.

“Pada masa depan apabila saya nak buat keputusan saya akan tanya boleh atau tidak Santiago bersetuju.

“Kalau dia tak bersetuju saya tak buatlah, mesti dapatkan pandangan dia kerana dia setaraf dengan saya,” katanya.

Semua isu-isu berkenaan telah memberi tekanan kepada parti komponen Pakatan Harapan.

Mengenai Lynas, kedua-dua DAP dan PKR sebelum pilihan raya umum mendesak supaya loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan ditutup.

Walau bagaimanapun, kerajaan PH, di bawah teraju Mahathir, dikatakan condong untuk memperbaharui lesen kilang itu yang akan berakhir pada bulan depan.

DAP juga berdepan dengan asakan akar umbi berhubung pengenalan enam halaman pelajaran tulisan Jawi dalam buku teks Tahun 4 Bahasa Melayu.

Susulan bantahan orang ramai, Kementerian Pendidikan pada 8 Ogos lalu mengumumkan bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil akan dilaksanakan secara pilihan, dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran.

Mengenai Zakir, Mahathir mengakui kedudukan kerajaan ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa" dan meyebabkan dirinya dalam keadaan serba salah.

Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum tidak sepatutnya menerima personaliti seperti Zakir Naik tetapi pendakwah Islam yang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di India atas dakwaan pengubahan wang haram, tidak mungkin mendapat perbicaraan yang adil di negara asalnya. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...