Monday, 5 August 2019

Berita Mengejutkan Dari BN Perlis

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Ismail Kassim yang juga adik Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim mengumumkan menyertai Bersatu.

New Straits Times (NST) melaporkan Ismail, 59 mengesahkan penyertaannya ke dalam Bersatu malam ini.

"Ia bukan satu keputusan yang saya buat dalam masa satu malam, saya telah memikirkannya masak-masak selama hampir satu setengah tahun, selepas tidak menjadi anggota mana-mana parti politik.

"Saya bercakap dengan ramai ahli politik yang berpengalaman, antaranya Daim Zainuddin dan beberapa orang lain yang meletakkan pertimbangan kebaikan dan keburukan terhadap apa yang berlaku.
Iklan

"Jadi, saya membuat keputusan dan sejak hari ini saya secara rasminya menjadi anggota Bersatu," katanya, petik NST.

Ismail telah menyertai Umno ketika berusia 28 tahun.

Beliau keluar Umno pada Jun tahun lalu di tengah-perselisihan dengan pimpinan Umno pusat yang enggan menyokongnya selepas Raja Perlis menolak Ismail sebagai calon menteri besar negeri itu.

Sejak itu, beliau menjadi Adun bebas.

Hari ini, Ismail berkata beliau yakin dapat berkhidmat lebih baik sebagai wakil rakyat daripada gabungan persekutuan pemerintah.

Kemasukan Ismail ke dalam Bersatu bermakna parti itu akan mempunyai wakil rakyat pertama di negeri itu, yang akan bersama-sama tiga lagi Adun PKR dalam gabungan PH di dewan undangan negeri.

PH menguasai empat kerusi dalam dewan undangan negeri yang memiliki 15 kerusi, manakala PAS menguasai dua kerusi. BN menguasai kerajaan Perlis dengan sembilan kerusi. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









1 comment:

  1. Ya allah takajut ssgt ke tu..!?

    Yang ni lagi takajut..!!
    Buang masa kumpul tandatangan sokongan pada Brader Anwar Bin Ibrahim.

    Hari ini Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha menyifatkan tindakan untuk mengumpulkan tanda tangan pemimpin parti di peringkat bahagian di seluruh negara bagi menyokong kepemimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuang masa.

    Ini kerana menurutnya, jawatan Presiden parti yang dipegang Anwar adalah merupakan hasil kemenangan tanpa bertanding dalam pemilihan parti lepas.

    “Perbuatan mengambil tanda tangan tidak menyatukan, malah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya yang dipetik menerusi laporan portal berita Free Malaysia Today.

    DI SULAM SULAM KATANYA MELIHAT
    DISELAK SELAK KATANYA MENJADI
    KU TENUNG TENUNG RASANYA MENDAPAT
    KESIAN BRADER KITA KEMPUNANLAH LAGI


    INI GAME SI LIDAH BERCABANG
    MUKA TEBAL TELINGA PEKAK BADAK
    TAKKAN DIBERI WALAU DAH CADANG
    BAIK BRADER LANGGAR JER DNG PENYEPAK

    akibat bahana karma fitnah makan diri balik, perang kunyit sesama sendiri makin panazzz...!!

    jangan kata Aiman tak payung..!!


    #popcorntambahdantepukkkkk

    miajalipahJR

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...