Monday, 5 August 2019

Adik Shahidan Kassim Dah Lupa Jawatan MB Perlis

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Ismail Kassim menegaskan beliau masuk Bersatu bukan kerana mahu mengejar pangkat, apatah lagi untuk sekali lagi dicalonkan sebagai calon menteri besar Perlis.

Malah, Ismail yang juga adik Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim berkata perkara itu sama sekali tidak akan berlaku meskipun terdapat permintaan daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad sekali pun.

"Saya tidak ada niat nak kembali jadi calon menteri besar dan saya anggap bukan takdir saya pun untuk berada di kedudukan itu.

"Kalau saya didesak sekali pun dan diminta oleh Tun Mahathir (saya tidak akan setuju) dan saya rasa Tun pun sangat faham situasi saya. Saya minta maaf,” katanya ketika menjawab soalan Malaysiakini.

Beliau keluar Umno pada Jun tahun lalu di tengah-tengah perselisihan dengan pimpinan Umno pusat yang enggan menyokongnya selepas Raja Perlis menolak Ismail sebagai calon menteri besar.

Sejak itu, beliau menjadi Adun bebas.

Kemasukan Ismail ke dalam Bersatu bermakna parti itu akan mempunyai wakil rakyat pertama di negeri itu, yang akan bersama-sama tiga lagi Adun PKR dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) di dewan undangan negeri.

PH menguasai empat kerusi dalam dewan undangan negeri yang memiliki 15 kerusi, manakala PAS menguasai dua kerusi. BN menguasai kerajaan Perlis dengan sembilan kerusi.

‘Selesa jadi wakil rakyat saja’

Ismail berkata beliau selesa dengan jawatan sedia ada sebagai wakil rakyat di Perlis.

Bagaimanapun, menurut Ismail beliau mengalu-alukan sekiranya Mahathir memintanya untuk bertanding di negeri lain selain daripada Perlis.

"Cukup jawatan saya sebagai wakil rakyat sahaja dan yang penting saya boleh berkhidmat.

“Kalau parti letak saya bertanding pun mungkin saya bertanding di peringkat Parlimen dan kalau Tun minta saya bertanding di luar dari Perlis lagi saya suka," katanya.

Kata Ismail kemasukkan ke dalam Bersatu Perlis pun tidak lebih sekadar mahu membantu apa yang diperlukan.

Jelas Ismail sebagai orang yang berpengalaman beliau mampu dijadikan panduan bagi membantu parti dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.

"Kemasukan saya ke dalam Bersatu sedikit sebanyak membolehkan PH bertapak di Perlis. Kebanyakan kawan-kawan kita dalam PH adalah orang baru dan masih muda, yang saya kira masih muda dari segi gerakan dan sebagainya.

"Saya pun dah sedia, memandangkan saya dah masuk tiga dewan, Dewan Undangan Negeri (Dun), Dewan Negara, Dewan Rakyat sepanjang bergelar wakil rakyat, saya yakin kita akan kembali bersatu, bangsa Melayu kembali kuat dan dihormati orang," katanya.

‘Tak ajak, Shahidan lebih rapat dengan Dr M’

Sementara itu ditanya hubungannya dan kemungkinan Shahidan menyertai Bersatu, Ismail berkata mereka baik-baik sahaja, abangnya juga masih setia bersama Umno.

Namun, kata Ismail segalanya berkemungkinan terjadi.

"Hubungan keluarga, keluargalah. Saya hormati pendirian dia teruskan perjuangan dia dalam parti dan dia pun kena hormati sayalah. Kami cuma beza dari segi bendera saja tetapi dari segi perjuangan kita sama.

"Setakat ini saya tak cerita apa-apa lagi pada dia (Shahidan) dan setakat ini saya lihat dia masih setia mempertahankan Umno.

"Tak ajak pun dia. Dia lebih rapat dengan Tun, jadi dia tahulah bila-bila dia (nak sertai Bersatu) dan apa pun boleh jadi sekarang ini," katanya.

Ismail telah menyertai Umno ketika berusia 28 tahun. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...