Tuesday, 16 July 2019

PAS Tidak Selera Dengan Pakatan Harapan

Hanya ada dua kata daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, apabila diminta menanggap tawaran dibuat beberapa pemimpin PH kepada parti itu: tiada selera.

Abdul Hadi ditemui media di lobi parlimen hari ini.

Beliau yang juga anggoa parlimen Marang sebelum itu ditanya mengenai tawaran PH agar PAS menyertai gabungan yang sekarang mendapat mandat menjadi kerajaan pusat.

"Tiada selera, cukup itu sahaja," katanya.

Pada 16 Julai lalu bekas naib presiden PAS, Husam Musa, membuat pelawaan agar parti terbabit menyertai gabungan kerajaan selepas sekian lama gagal menjadi kerajaan.

Husam yang kini dilantik sebagai senator menambah jika PAS menyertai PH sekarang, parti itu secara automatik akan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Husam juga menjadikan perkiraan kerusi yang dimiliki PAS sebagai alasan untuk memperkuatkan kerajaan dan suara pengundi Melayu.

Baca Husam: Pemimpin PAS 'pelakon politik' macam orang lain

Turut membuat kenyataan mengenai isu itu ialah Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Mukhriz semalam dilapor berkata PH sedia membuka pintu kepada PAS untuk menjadi sebahagian daripada komponen mereka demi penyatuan umat Islam di negara ini.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak, turut ditanya mengenai isu tersebut.

Kata Najib beliau percaya PAS sudah membuat pilihan.

"Saya percaya pas pun buat pilihan. Pilihan dia (PAS), Umno," katanya.

Najib yang mengaku pada April lalu bertanggungjawab menjalankan usaha "senyap-senyap" dengan Abdul Hadi untuk membawa kedua-dua parti bersama, menambah, Umno sudah membuat pilihan mengenai parti yang akan menjadi rakan mereka.

“Dari segi Umno, kita dah buat pilihan. Pilihan kita, PAS," katanya.

Malah, kata Najib kedua-dua parti itu juga sudah ada kerjasama yang kukuh dan kini dalam proses memeterai piagam bersama.

“Dan saya tengok sampai ke peringkat bahagian, cawangan pun dah ada aktiviti.

"Jadi PAS dan Umno akan merupakan landasan untuk pilihan utama umat Islam dan orang Melayu,” tambahnya. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








6 comments:

  1. Bayangkan lima tahun lepas jika hadi cakap mcm ni. Kena lanyak la jawabnya

    ReplyDelete
  2. Bnyk sgt fitnah ke atas pas dilakukan oleh puak semburit....
    Aku klu dah puas dihina dan difitnah terasa hilang selera dgn mulut puaka nie.

    ReplyDelete
  3. PAS memang cukup berselera dengan UMNO dan Najib. Ini ditambah lagi dengan kilauan Ringgit yang ada pada Najib dan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm90juta sah fitnah tapi sayang bos sprm dipencenkan slps pengumuman tersebut.Diganti dgn org parti luar dpd prinsip dan janji asal....hmmmmm

      Biarlah bersama dgn org yg waras dpd bersama dgn org yg cinta lobang taik kaki semburit.

      Harap pas dan umno terus kukuh menentang puak semburit kaki fitnah dan kaki kencing raykat.....hihihi

      Delete
    2. Mengenai tingkahlkau pimpinan semburit itulah masih menjadi pemikiran saya. Saya bukan ahli pas tetapi ada pemimpin PAS yang sangat saya kagumi dan kata2nya boleh dijadikan pedoman dalam keadaan kehidupan yang haru biru zaman ini. Sosok tersebut adalah Arwah TGNA. Bagaimana orang sealim dan sebaik Arwah boleh menyokong orang yang dituduh bersemburit itu ? Arwah bukan sembarang untuk menyokong dan mengeluarkan kata2 menyakini kebaikan seseorang. DSAI umpamanya diyakini oleh arwah sebagai pemimpin yang baik... Arwah adalah antara yang menyokong dan membelanya semasa kes 1998... walapun berlainan parti. Sebab itulah pada hemat saya kes2 keliru jangan kita ungkit2 balik. Kes rm90 juta itu timbul dari sapa sebenarnya. Kalau benar mana duitnya... kalau salah... buat apa nak hebohkan pasal tuduhan dan fitnah tu... saman aje yang buat fitnah tu... Melihat kepada sejarah.. cakap2 orang politik ni bukan boleh pakai sangat. Arwah TGNA adalah pemimpin Islam sejati dan sangat dihormati.. Lihat saja pengkebumian arwah... ratusan ribu hadir.. makam beliau dikunjungi hingga kini. Antara kata2 dan pesanan sebelum perginya adalah 'jangan kena patuk ular 2 kali di lubang yang sama...' Kata2 ini adalah ingatan kepada semua pengikutnya. Nanti kita lihat apa yang akan jadi... penyatuan kerjasama Pasumno uni.

      Delete
  4. Selera berbeza bagi setiap orang. Ada yg sangat berselera dengan jantina sejenis. Selera jantina sejenis bukanlah boleh dikategori sebagai kerjasama tapi saling rela merela untuk dianukan. Dan ia adalah satu hubungan yg mulia kerana tercipta satu hubungan jenis baru setelah hubungan lelaki perempuan dianggap hubungan yg sudah kuno menurut filosofi malaysia baru. Hubungan seperti ini sangat diharapkan dilakukan oleh orang islam kata pengasas malaysia baru iaitu dap.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...