Tuesday, 16 July 2019

Najib Makin Sugul

Bekas perdana Najib Razak mempertahankan perbelanjaan RM3.36 juta daripada dua kad kredit miliknya di De Grisogono, butik barang kemas mewah, di Itali pada 2014.

Menurut Najib perbelanjaan itu untuk membeli cenderahati buat keluarga diraja dari sebuah negara.

"Perbelanjaan ini adalah untuk hadiah kepada ahli kerabat raja kanan sebuah kerajaan serta rombongan mereka yang mempunyai hubungan baik dengan negara kita," katanya menjelaskan kerajaan tersebut bukan Arab Saudi atau Abu Dhabi.

Bekas presiden Umno menjelaskan keluarga diraja negara yang tidak dinamakan itu telah menemani beliau dan keluarganya pada lawatan ke Itali pada waktu itu.

"Mereka sekeluarga serta rombongannya telah bersama kita dalam kunjungan kita sekeluarga ke Itali masa itu.

"Ianya adalah kebiasaan untuk memberi hadiah kepada pemimpin kerajaan lain.

"Biasanya kerajaan yang akan tanggung kos hadiah (seperti PM ke-4 bagi hadiah besar untuk rumah peribadi presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe dahulu) tapi kali ini, saya bayar dengan kad kredit saya," kata Najib.

Najib yang kini pengerusi Lembaga Penasihat BN menegaskan kad kredit itu didaftar atas namanya dan bukan di bawah SRC International Sdn Bhd.

Semalam, media melaporkan terdapat sepuluh transaksi perbelanjaan melalui kad kredit dibuat dalam masa sehari di butik barang mewah emas itu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Naib Presiden Kanan Ambank yang bertanggungjawab bagi kelulusan kad dan pengurusan penipuan kredit kad Yeoh Eng Leong, 58, pada hari ke-37 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Kata Yeoh, dua kad kredit itu mempunyai had sebanyak RM3 juta.

Pada hantaran di Facebook, Najib berkata RM3.36 juta itu merupakan perbelanjaan terbesarnya menggunakan dua kad kredit itu yang menurutnya jarang-jarang digunakan.

"Walaupun saya selalu dituduh beli ini dan beli itu, fakta di mahkamah menunjukkan inilah perbelanjaan paling besar untuk kredit kad saya.

"Seluruh had kredit RM3 juta itu telah digunakan dalam satu hari pada 8 Ogos, 2014," katanya.

Penerima hadiah itu, jelas Najib malahan menulis surat bertarikh 15 Ogos 2014 menzahirkan penghargaan kepadanya kerana pemberian cendera hati tersebut.

Najib turut menyertakan gambar surat itu pada hantarannya, dengan nama penerima hadiah berkenaan dipadamkan.

MP Pekan selanjutnya menjelaskan beliau enggan mendedahkan nama penerima hadiah itu kerana tidak adil untuk menyebarkan namanya kepada umum.

Surat asal akan diserahkan ke mahkamah sebagai keterangan dan pihak peguam akan membuat penjelasan, kata Najib lagi.

"Oleh kerana kes SRC in masih dalam perbicaraan, saya tak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut pada masa ini.

"Yang saya boleh kata ialah tajuk berita dari kerajaan PH ini bukan semua boleh dipercayai secara bulat-bulat kerana ianya amat selektif.

"Itulah sebab saya telah beberapa meminta perbicaraan kes saya disiarkan secara langsung supaya Rakyat tahu cerita sebenar. Tapi PH tak mahu.

"Saya juga percaya bahawa penjelasan dalam posting ini tidak akan masuk berita stesen televisyen," jelasnya lagi. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








7 comments:

  1. Once a liar, always a liar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merujuk kpd pakatan semburit..a liar always a liar

      Delete
  2. Ph komponen of the liars = madey and mr sodom and the komunis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu buat filem kita nak tengok para pelakon. Dlm filem semburit kita dipaksa tengok penerbit dan pengedar....hihihi

      Delete
  3. entahlah....kalau lawatan rasmi, mungkin boleh terima yang kerajaan malaysia akan beri hadiah kepada tetamu negara asing tetapi kalau bukan lawatan rasmi, macamana? kalau ikut kan pencerahan dari DS Najib,..." bersama kita dalam kunjungan kita sekeluarga ke Itali pada masa itu". tiada kepastian yang ini adalah rombongan rasmi atau sebaliknya..kerana kalau rombongan rasmi, takkan "kita sekeluarga" di terima sebagai pegawai kerajaan malaysia.

    cuba sesiapa yang berilmu dan tahu, beri pencerahan

    ReplyDelete
  4. Penyamun dan macai2dia memang akan cuba tuduh orang lain sebagai penipu dan pembohong sedangkan dah sah2 Najib ni raja penyamun yang terkenal seluruh dunia! Benda dah sah tapi masih lagi nak tuduh orang lain yang curi dan bohong. Sekarang ni bila tuduhan bohong dan mungkir janji dah tak laku untuk jatuhkan PH, macai2 guna pulak isu semburit yang sah2 kesalahan peribadi yang takde kena mengena dengan kerajaan. Ni lah dia contoh perangai makhluk2 keji yang cuba nak sembunyikan kekejian dan kemungkaran mereka dengan menuduh pihak lain sebagai pembohong dan semburit. Tak laku dan tak berkesan wei! Pembohong tu memang dah jelas cop mohor utk UMNO dan PAS yang dah bertdekad2 menipu orang melayu dan umat islam. Rasuah dan munafik tu satu lagi "brand" yang dah lekat kat UMNO dan PAS.

    Tak usah lah nak dok cuba tuduh orang lain melakukan kemungkaran sedangkan kamu sudah terbukti di mahkamah sabagai penyamun, pembohong dan pemfitnah (tang ni memang Pimpinan PAS dah termashyur sebagai kaki fitnah dari tuang presideng sampai kepada ketua dewan ulamak depa). Benda ni (menipu, bohong dan fitnah) pemimpin2 UMNO dan PAS memang dah banyak kali masuk mahkamah dah dah banyak kali kalah dan kena hukuman! masih lagi tak malu nak tuduh PH?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Pusing boss. Pusing. Hanya pentaksub sahaja yang akan terima segala ceritera boss dan akan menolak yang lain

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...