Monday, 29 July 2019

MIC Makin Suci

PAS mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat dengan MIC, kata Presidennya Abdul Hadi Awang dalam su MIC Makin Suci atu kenyataan hari ini.

"PAS menghargai pandangan tersebut dan membuka pintu kerjasama yang lebih erat dengan MIC dan kalangan masyarakat majmuk," katanya pada suatu hantaran Facebook.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin MIC pada konvensyen tahunan parti itu di Kuala Lumpur semalam yang menggesa anggotanya meraikan kerjasama antara PAS dan Umno sebagai cara untuk mengembalikan penguasaan BN.

Tambah mereka, imej “radikal” yang disuguhkan kepada PAS oleh pengkritik-pengkritik parti itu adalah satu dakwaan yang tidak benar.

Malah, presidennya, S Vigneswaran mengimbas kembali ketika dia mengetuai rombongan pemimpin parti yang lain untuk bertemu dengan Abdul Hadi - tidak lama selepas dia menjadi presiden pada Julai tahun lalu - dia diyakinkan bahawa PAS tidak bersikap menentang agama lain selain Islam.

Presiden PAS pada hantaran Facebooknya hari ini turut menyertakan pautan berita Malaysiakini yang melaporkan kenyataan kepimpinan tertinggi MIC itu, sambil menzahirkan penghargaan kepada Vigneswaran.

"Terima kasih kepada Presiden MIC, Senator S Vigneswaran atas pandangan beliau yang sangat terbuka terhadap PAS.

"PAS akan terus memperkenalkan Islam sebagai agama yang memberikan keadilan untuk semua dan tiada paksaan beragama, serta menjaga keharmonian bermasyarakat majmuk di Malaysia," katanya lagi.

Berikutan kekalahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, Umno mempererat hubungannya dengan PAS atas nama “perpaduan Melayu dan Islam”, dan slogan itu diketengahkan di beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang membuahkan kejayaan buat mereka.

Ia juga membawa kepada persetujuan untuk memeterai piagam rasmi antara Umno dan PAS yang akan berlangsung dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 14 September nanti.

Sebelum PRU ke-14, BN mempunyai 13 parti komponen, namun jumlah itu berkurangan menjadi tiga - Umno, MCA, dan MIC - selepas kekalahannya.

Semalam, Vigneswaran yang juga merupakan presiden Dewan Negara turut menjelaskan MIC mempunyai sejarah panjang dalam menjalinkan kerjasama dengan orang Melayu dari Umno.

Katanya, sudah tiba masanya untuk MIC mengambil sikap serupa terhadap PAS.

“Saya kena buat keputusan sebagai seorang ketua. Jika bangsa saya mahu hidup secara aman di negara ini, kita kena bekerja dengan PAS.

“Bukan untuk kebaikan saya, tetapi untuk kebaikan bangsa di tahun-tahun akan datang,” tegasnya disambut sorakan daripada perwakilan yang hadir, terdiri daripada sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti itu. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








4 comments:

  1. Sack AG over Adib inquest, say Umno and PAS https://www.youtube.com/watch?v=NtIbQgbY_GQ Apabila Pas berlembut dengan MIC maka dalam hal inquest mereka kena berhati2 mengeluarkan kenyataan yang boleh diertikan sebagai perkauman. Undang2 hanya akan dapat dilaksana dan dilihat keadilannya jika tidak ditafsirkan mengikut anutan politik.

    ReplyDelete
  2. Yg radikal adalah dap dan parti asuhannya. Mereka sangat radikal dgn pas dan ulamak. Dan dlm pan ada ramai ulamak palsu, tidak pelajari islam mendalam tp lantang bicara ttg islam. Pan dipimpin oleh ulamak palsu m sabut.

    ReplyDelete
  3. Siapa boleh rapat dgn dap yg bercita cita mencinakan malaysia melainkan kem semburit pak anuar dan jemin. Mereka tidak bertolak ansur dengan dap melainkan patuh dan taat. Jabatan penting kewangan pun boleh serah pada cina komunis. Mana mungkin kepentingan peribumi terpelihara. Islam jadi mainan dap, hina sesuka hati oleh bangsa mereka. Tiada hormat pada aqidah peribumi.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...