Sunday, 21 July 2019

Cara Penyelesaian Kemelut PKR

PKR Sabah meminta agar pimpinan parti tidak mengeluarkan kenyataan yang semakin menjejaskan keharmonian parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Christina Liew berkata pimpinan parti itu sepatutnya perlu memberi sokongan padu kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan kemelut dan masalah yang melanda parti.

"Setelah berjaya mengambil alih kerajaan pusat dan memegang majoriti kerusi parlimen pimpinan dan ahli-ahli parti perlu fokus mengisi Malaysia Baharu dengan menjayakan agenda reformasi serta perubahan ke arah yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata MPN Sabah menyokong penuh kepimpinan Anwar dalam usaha menyatukan kembali pimpinan parti dan ahli-ahli yang sedang bergolak ketika ini.

Katanya kenyataan Anwar perlu diberi disokong agar isu ini tidak menjejaskan usaha untuk memulihkan ekonomi rakyat yang semakin meruncing ketika ini.

Rakyat mahu kerajaan Pakatan Harapan menumpukan usaha kepada isu-isu pembangunan dan peningkatan ekonomi dan bukannya dipaparkan dengan persengkataan pimpinan, katanya.

Justeru, Christina mahu agar pimpinan terutama di Sabah dan ahli-ahli bersatu hati dan fokus kepada isu-isu rakyat serta pemantapan cabang masing-masing. - bernama



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








3 comments:

  1. Azmin dan anwar bersara...bagi org lain yg lebih berkebolehan.

    ReplyDelete
  2. Merajuk azmin pada anwar mcm merajuk isteri pada suaminya.

    ReplyDelete
  3. Rakyat malaysia kena tolak mereka berdua. Hukum hudud mereka tolak, mereka perkasa lgbt. Muka tak tahu malu. Masih nak bergiat politik. Elok taubat pegi masjid.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...