Monday, 15 July 2019

Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang

Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali memfailkan saman terhadap Lim Kit Siang berhubung kenyataan penasihat DAP itu tentang peranannya dalam skandal 1MDB.

Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Lim. Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan, beliau berkata kenyataan Lim menyifatkannya sebagai:

Terlibat di dalam kegiatan jenayah terutama di dalam skandal kewangan 1MDB. Tidak mempunyai sebarang integriti dan tidak bermoral.

Tidak mempunyai sifat etika bertanggungjawab professional serta etika lain yang penting bagi menyandang posisi sebagai peguam negara.

Telah melakukan penyalahgunaan kuasa dan/atau peninggalan dan/atau pengabaian tugas serta tanggungjawab dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai peguam negara.

Mengamalkan dwistandard dalam menjalankan dan/atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab terutama dalam kedudukkannya sebagai peguam negara dan secara amnya sebagai seorang individu.

Tidak kompeten, tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan bagi memegang posisi sebagai peguam negara.

Dalam merujuk kenyataan Lim, yang disiarkan dalam ruangan "MP Speaks" di Malaysiakini dengan tajuk Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity, Apandi juga menyifatkan laman portal itu sebagai berpengaruh dengan jumlah pembaca yang besar. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








2 comments:

  1. Saman jangan tak saman.
    Saki baki komunis malaya inilah perosak perpaduan negara dgn fitnah dan propaganda malaysia malaysian yg ditolak umum.

    ReplyDelete
  2. Kit siang bukan kecik anak. Madey yg bijak pun boleh masuk perangkap komunis. Nuar lagi lah jadi bahan ratah. Tambah pulak teruja nak jadi pm. Sanggup buat apa saja demi tercapai cita cita.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...