Wednesday, 19 June 2019

Haziq Abdullah Dipecat?

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mahu kepemimpinan parti segera memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti susulan pengakuannya terbukanya yang terbabit dalam video seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, desakan supaya ketua pemuda PKR (AMK) Santubong itu dipecat akan dibawa pada mesyuarat Biro Politik PKR petang ini.

“Ya (saya akan desak parti pecat Haziq).

"Sepatutnya, tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas sambutan hari raya kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Zuraida berkata demikian ketika mengulas tindakan parti yang tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas Haziq meskipun dia mengaku terlibat dalam perbuatan songsang itu.

Mesyuarat biro politik PKR biasanya dipengerusikan oleh presiden parti Anwar Ibrahim.

Zuraida turut menyifatkan kepemimpinan parti sebagai kurang bijak apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Haziq susulan pengakuannnya terlibat dalam video seks.

“Apa yang saya nak tekankan di sini ada beberapa perkara yang asas pada saya, yang pada prinsipnya tindakan parti PKR itu sendiri saya rasa kurang kebijaksanaannya apabila dia (Haziq) sudah mengaku kesalahan secara terbuka.

“Kelakuan (seks) luar tabii adalah jenayah dalam negara,” katanya.

Mengulas dakwaan Azmin yang yakin konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran beberapa klip video seks, dilakukan ‘orang dalaman’, Zuraida berkata beliau menyerahkan semuanya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Kalau Azmin yang dianggap pesalah tetapi menafikan pembabitan beliau, maka kita serah kepada polis untuk siasat,” katanya.

'Belum lagi dilabel parti pro-kesongsangan'

Azmin semalam dilaporkan berkata, beliau yakin konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkannya melalui penyebaran beberapa klip video seks, dilakukan ‘orang dalam’.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, bagaimanapun dilaporkan berkata dakwaan Azmin bahawa penularan video terbabit mungkin didalangi ahli parti, tidak boleh membaiki tuduhan yang lain.

Saifuddin dilaporkan berkata, dakwaan mengenai pembabitan ‘orang dalam’ di sebalik penularan video berkenaan adalah ‘tuduhan yang biasa’ dan berharap polis diberi ruang menjalankan tugas mereka.

Ketika ditanya sama ada skandal video seks luar tabii terbabit akan membuatkan ramai pihak melabel PKR sebagai "parti pro-kesongsangan", ini jawab Zuraida:

“Belum lagi (dilabel sedemikian), tapi nanti petang saya akan tanya dia orang (dalam mesyuarat Biro Politik),” katanya. - mk






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








5 comments:

  1. Lama bersama bapak anwar. Sedikit sebanyak dapat juga ilmu mengunyit.

    ReplyDelete
  2. MESORAT TINGKAP SUDAH SeLESAI YER
    HANGIN SATU BADAN MAK LAMPIR KITEE
    TAK PECAT PUN SHOW CAUSE LETTER SAJE
    KIKI KEM ASSMIN TERUK KENA MAIN DERR.!



    KIKIKIKIKI.... DAH KAnTOI JUBO JUBO KENA TUNJUK SEBAB AJER..alahaiii..!!


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  3. GEMPAR LAGI MALAYSIA ARI NI YEOP OOII
    MANUSKRIP BANG NON TERSEBAR PULAK DAH
    DALIL BANG NON TAK BOLE JADI PM WOII
    NAJIB KAN ADE AOA LAGI NAJIB YG SALAH

    KIKIKIKI.. NAJIB KAN ADA WAT APA CARI SALAH ORANG LAIN



    KIKIKIKIKI...



    miajalipahJR

    ReplyDelete
  4. Bab seks ni, najid mungkin waras sebab tak mengunyit.

    ReplyDelete
  5. Padan tak sokong ruu355, ada udang balik batu. Mudah nak mengunyit rupanya.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...