Tuesday, 18 June 2019

Dalang Video Lucah Haziq Abdullah Tersebar?

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tidak mempunyai kaitan dengan klip video lucah yang didakwa membabitkan Azmin Ali, kata timbalannya MA Tinagaran.

Menurut Tinagaran, Farhash yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim kini sedang bercuti dan masih boleh dihubungi.

"Saya sebagai timbalan pengerusi PKR Perak sering dihubungi oleh beliau dan group-group WhatsApp pimpinan negeri juga aktif dengan partisipasi beliau.

"Saya difahamkan saudara Farhash masih sedang bercuti namun beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik negeri.

"Oleh yang demikian saya berharap isu yang perlu diutamakan adalah bukan mencari seseorang yang sedang bercuti tetapi fakta serta hasil soal siasat terhadap kes tersebut yang jelas tidak melibatkan beliau," katanya dalam satu kenyataan media.

Awal hari ini, The Star Online melaporkan seorang "pengerusi PKR negeri" gagal dihubungi selepas video seks dua lelaki, yang mana salah seorang daripadanya didakwa ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, disebarkan minggu lalu.

Laporan itu mendakwa nama pengerusi PKR negeri itu timbul apabila Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku merupakan pasangan Azmin dalam klip video itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan ke Manila.

Akhbar itu memetik pemimpin PKR yang tidak dinamakan sebagai berkata, pengerusi PKR negeri itu menepati gambaran kerana dikatakan mempunyai saudara mara di Filipina.

Walaupun The Star tidak menyebut namanya, adalah dipercayai laporan itu merujuk kepada Farhash yang juga setiausaha politik kepada presiden PKR Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai dakwaan dalam laporan The Star hari ini, Azmin berkata beliau yakin orang dalam PKR terlibat dalam penyebaran klip video seks berkenaan.

Anwar berulang kali menafikan dakwaan bahawa beliau atau pembantunya menjadi dalang di sebalik skandal tersebut.

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) masih menyiasat klip video berkenaan pada masa ini.

Sementara itu, Tinagaran mempersoalkan mengapa Farhash dicari dalam isu video klip berkenaan.

"Persoalannya, dalam isu video yang melibatkan Haziq, kenapa saudara Farhash yang dicari dan kelibat beliau disensasikan?

"Saya berharap dengan penjelasan ini, pihak media boleh bertumpu kepada isu sebenar," katanya. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








1 comment:

  1. Azmin harus letak jawatan jika bersalah – Setiausaha Politik Anwar

    MALAM NI ADE MESORAT TINGKAP YERR
    KEM ASSMIN TEKAN KONEK BUTTON KER
    OOPS BUKAN KONEK BUTTON LAH DERR.!!
    KUNYIT BUTTON CIVIL WAR DAH MULA


    KIKIKIKIKI... HAAHHHH TEPUKKKK..!!
    DAH KANTOI JUBO JUBO MULA TEKAN PANIK BUTTON OOPSS KUNYIT BUTTON




    miajalipahJR

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...