Tuesday, 18 June 2019

Bukti Dalang Video Haziq Abdullah Semakin Jelas?

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terheret dalam skandal seks berprofil tinggi yang dikatakan berprofil tinggi, dengan sesetengan pihak mendakwa dia adalah dalang di sebalik kempen bagi menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Azmin hari ini mendakwa bahawa beliau yakin klip video seks yang didakwa membabitkan dirinya adalah “kerja dalaman PKR” bila mengulas “kehilangan” Farhash apabila bahan-bahan berkenaan mula diedarkan pada minggu lalu.

Walau bagaimanapun, Farhash, yang adalah setiausaha politik Anwar Ibrahim, menafikan keterlibatannya.

Sebaliknya, pengerusi PKR Perak itu berkata Azmin perlu meletakkan jawatan jika terbukti bersalah berkaitan klip video seks sejenis yang dihadapinya.

“Azmin harus letak jawatan jika bersalah,” kata Farhash ketika dihubungi Malaysiakini.

Farhash juga menyatakan bagaimana keseluruhan episod itu kini menjadi “blame game” dengan semua pihak menuding jari.

“Saya adalah setiausaha politik Anwar jadi mudah untuk orang berfikiran cetek membuat kenyataan tak berasas,” katanya.

Farhash, yang kini bercuti untuk menyiapkan tesis PhD dalam bidang pengurusan, turut menafikan bahawa dia bertemu Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manila.

Merujuk kepada tuduhan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, beliau berkata ia tidak lain adalah fitnah.

Haziq, yang mengaku sebagai individu yang terbabit dalam video itu, ditahan di KLIA Jumaat lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari berikutnya.

Ketua Pemuda PKR Santubong itu sedang disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang, termasuk melakukan persetubuhan di luar tabii.

Haziq juga mendakwa bahawa Azmin pasangannya dalam video itu. Azmin walau bagaimanapun menafikan dirinya terbabit dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Terdahulu, timbalan ketua PKR Perak MA Tinagaran juga mengesahkan bahawa Farhash sedang bercuti dan bukannya hilang seperti yang didakwa. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








7 comments:

  1. KALAU TAKUT MENGUNYIT
    JANGAN CUBA MENGENYIT2
    KALAU TAKUT DILAMBUNG BIJAN
    JANGAN BUAT RUMAH TEPI JAMBAN
    ELOK JUAL COKKOO SAMPAI LEBAM

    KIKIKI...


    VIDEO ASSMIN DAH TULAR MENGUNYIT
    BULAN DEPAN WAYANG AL JUBORI PULA
    PERANG KUNYIT CIVIL WAR DAH MERELIT
    TEPUK SEMUA TAMBAH POP CORN SEGERA


    KIKIKIKIIKI... MUAHAHAHHH MUAHAHIEEUU

    HUKUM HARAM SOKONG MANA MANA KEM KUNYIT TAU ...
    HUKUM HARUS TONTON PANJI KUNYIT MANA MELINGKUP DULU...


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  2. campur parti (PKR)tak tentu hala tuju mcm tu lah jadinya...baik DAP jelas tujuanya.. atau PAS atau UMNO...asal PKR hanya nk bebaskan Anwar...bila matlamat dah capai maka mereka pun x tahu apa nk buat.....yg mereka pandai hanyalah ...buat video sex...

    ReplyDelete
  3. Sayang sekali belajar undang2 UM, tapi hanya bijak membuat video sex sejenis. Ternyata professor undang kangkung dan kuchai UM gagal mengeluarkan insan2 berkualiti yang mempunyai nilai kemanusiaan, nila2 moral yang baik. Cukup memalukan UM yang suatu ketika dahulu bergitu gah dipersada dunia. Eloklah pihak pentadbir dengan segera menyingkirkan professor kangkung dan kuchai tersebut kerana mereka dilihat lebih gemar berpolitik dari menjadi ahli pendidik...

    ReplyDelete
  4. Ramai yang tak kisah sangat samada video sex sejenis itu benar berlaku atau hanya lah fitnah. Yang lebih penting ramai yang sangat gembira bila Jemin Jamban @ TALAM DUA MUKA diberi CASH oleh Allah SWT terpalit dengan skandal mejijikkan kerana umum tahu mulutnya sangat CELUPAR dalam menghina NAJIB, Pas dan Umno buat sekian lama...

    ReplyDelete
  5. Jemin Jamban @TALAM DUA MUKA ni sebenarnya bukanlah specis yang tahu mengenang budi. Lihatlah sahaja bagaimana dia mencaci PAS yang telah menaikkannya sehingga menjadi MB Selangor. Apa lagi yang boleh diharapkan oleh specis2 seperti ini?

    ReplyDelete
  6. Patutlah beria-ia menolak ruu355, homo rupanya. Bukan main lagi hentam pas tentang hudud, tentang ruu 355, tentang agenda islam pas, hentam tghh, rupanya inilahlah islam versi ph, laksana islam pada mulut, tapi tidak pada perbuatan.

    Rosak pemimpin, rosak pengikut.

    ReplyDelete
  7. Bersemburit:

    Menjaga Aib Secara Pilih Kasih...

    1. Sebenarnya sesiapa sahaja yang mendedahkan video skandal seks songsang pemimpin kanan negara harus diberi ucapan tahniah dan terima kasih.

    2. Mereka telah menjalankan tanggungjawab agama dan negara untuk mencegah orang yang tidak layak dari terus menjadi pemimpin umat Islam di negara ini.

    3. Dalam negara demokrasi ini sahaia jalan mencegah muslim yang melakukan dosa besar dari menjadi pemimpin negara.

    4. Ada pertanyaan untuk para ulama yang mahukan hukuman Qazaf ke atas mereka yang mendedahkan dosa besar pemimpin, “apakah seorang yang melihat perbuatan jahat seorang pemimpin harus mendiamkan diri dan menyembunyikan kebenaran dan membiarkan orang tersebut terus menjadi pemimpin?”

    5. Apakah mereka faham risiko kepada kerajaan dan agama Islam jika pemimpin seperti ini kekal berada dalam penggubalan polisi dan terdedah kepada peras ugut musuh Islam.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...