Tuesday, 18 June 2019

Azmin Ali Beri Keterangan Pada Polis

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali telah memberi keterangan kepada polis berhubung video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Peguamnya, N Surendran mengesahkan polis telah menghubungi Azmin pada pada Ahad lalu dan timbalan presiden PKR itu telah memberi kenyataan kepada polis semalam.

"Saya merujuk kepada siasatan yang dibuat susulan laporan polis oleh setiausaha politik Azmin Ali, yang menggesa siasatan ke atas penyebaran video seks palsu.

"Video itu adalah serangan fitnah dan bermotifkan politik terhadapnya," kata Surendran dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengesahkan pejabat menteri itu telah dihubungi polis pada pada Ahad supaya Azmin merakamkan kenyataannya sebagai sebahagian daripada siasatan.

"Keutamaan diberikan Azmin semalam untuk memberi kenyataan kepada polis bagi membantu mereka dalam siasatan polis," kata Surendran sambil menyifatkan video tersebut sebagai serangan palsu dan berniat jahat.

"Terdapat tanda-tanda yang jelas, usaha yang teratur dan sistematik untuk mencemarkan dan menjatuhkan menteri dengan serangan palsu dan jahat ini.

"Pelaku mempunyai akses kepada data peribadi ahli-ahli parti, dengan cara yang canggih dan agenda politik yang jelas," katanya.

Surendran meminta pihak polis melakukan siasatan menyeluruh dan mengenalpasti dalang di sebalik video berkenaan. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...