Friday, 17 May 2019

Umno Makin Hilang Taring Di Sabah

Umno Makin Hilang Taring Di Sabah. Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sandakan yang berpihak kepada DAP baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada Umno sudah kehilangan cengkaman di negeri itu.

Ini selepas dua daerah mengundi yang terdiri daripada majoriti pengundi Bumiputera Islam iaitu Sim-Sim dan Pulau Berhala - memihak kepada Pakatan Harapan (PH).

Umno Makin Hilang Taring Di Sabah.  Bagaimanapun, Prof Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) percaya masih terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai prestasi Umno di negeri bawah bayu itu.

“Antara persoalan pokok yang boleh diperkatakan daripada PRK Sandakan ini ialah perubahan (swing) undi Bumiputra Islam kepada PH-Warisan.

“Bagi saya, sama ada Umno Sabah atau mana-mana parti politik di Sabah ini akan berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kerjasama mereka dengan siapa,” katanya kepada Malaysiakini.

Pada PRK 11 Mei lalu, calon PH Vivian Wong mempertahankan kerusi mendiang ayahnya, Stephen Wong dengan 11,521 majoriti undi mengalahkan calon PBS Linda Tsen dan tiga calon bebas lain. 

Tsen, yang mendapat sokongan BN, hanya mampu meraih 4,491 undi. 

Menurut Lee, pengundi Sandakan termasuk di kalangan Bumiputera Islam mempunyai banyak pertimbangan seperti faktor kos sara hidup (bread and butter) sebelum membuat pilihan mereka.

Ini kerana sebahagian besar pengundi di Sandakan terdiri daripada golongan B40 yang harus memikirkan “periuk nasi” mereka, di tengah-tengah pelbagai subsidi dan bantuan daripada kerajaan dikurangkan.

Umno Makin Hilang Taring Di Sabah


“Jika mereka undi menentang kerajaan hari ini, mereka berdepan dengan risiko nama mereka kena senarai hitam untuk menerima sebarang bantuan kerajaan.

“Bagi sesetengah golongan Bumiputra, dalam politik pembangunan di Sabah ini sebarang bantuan daripada kerajaan kepada mereka adalah amat penting.

“Memandangkan kerajaan semasa adalah PH, maka pastinya akan mendorong mereka mengundi kerajaan memerintah,” katanya.

Autonomi kembalikan sokongan pada Umno?

Mohammed Raheezal Shah Abdul Karim dari Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Sabah pula berpendapat tempoh setahun kerajaan baru mentadbir masih terlalu awal untuk menilai prestasi Umno di Sabah.

Ini katanya walaupun dalam keadaan ramai pemimpin Umno dari negeri itu sebelum ini mengumumkan keluar parti.

“Kalaulah PRK itu berlaku dalam tempoh tahun ketiga, mungkin lebih menarik. Tapi ini masih awal lagi,” katanya.

Katanya, Umno Sabah juga dilihat masih mampu menarik ahli baru menyertai parti itu dengan janji memberikan kuasa autonomi kepada Sabah.

“Proses autonomi itu perlu diberikan segera oleh Umno kerana buat masa ini mereka memerlukan sesuatu untuk menarik ahli-ahli yang telah meninggalkan parti.

“Sekiranya mereka boleh beri autonomi itu melebihi apa yang parti-parti politik berikan sekarang, itu mungkin sedikit sebanyak boleh membuka hati orang (Sabah) untuk sertai Umno,” katanya.

Faktor Shafie?

Sementara itu, Lee berkata adalah tidak adil sekiranya kredit hanya diberikan kepada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal atau sesebuah parti sahaja susulan kemenangan DAP di Sandakan.

Umno Makin Hilang Taring Di Sabah


“Adalah tidak adil untuk menuntut ini semua hanya usaha seorang individu atau persembahan solo Shafie ataupun sesebuah parti.

“Kemenangan itu haruslah dilihat sebagai hasil usaha kolektif semua parti-parti komponen PH-Warisan,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keyakinan pengundi Sandakan terhadap Shafie merupakan salah satu faktor kemenangan calon PH Vivian Wong dalam pilihan raya kecil itu.

Raheezal Shah turut sependapat dengan Lee bahawa faktor Shafie bukan semata-mata penyumbang kepada kemenangan DAP.

“Dalam konteks Sandakan, kemungkinan orang yang mengundi kerana mereka beri kepercayaan (kepada PH) dan benci kepada BN masih menebal.

“PBS atau Umno serta jentera-jentera pembangkang tidak mampu menimbulkan perasaan ketidakpuasan begitu tinggi kepada Warisan,” katanya.

Bagaimanapun, Prof Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mempunyai pandangan berbeza dengan Lee dan Raheezal.

Baginya, kejayaan yang diperolehi PH mempunyai kaitan secara langsung dengan kewibawaan dan pengaruh Shafie selaku Presiden Warisan itu.

Umno Makin Hilang Taring Di Sabah. “Shafie bukan sahaja sebagai ketua menteri yang dilihat mempunyai arah kepimpinan yang jelas, tetapi juga dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang dapat digantung harap,” katanya. - mk



    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...