Tuesday, 14 May 2019

Tamparan Hebat Buat Menantu Tuan Guru Haji Hadi

Tamparan Hebat Buat Menantu Tuan Guru Haji Hadi. Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan beliau tidak memberi restu kepada menantunya membuat pendedahan mengenai "kartel dedak" seperti yang berlaku sekarang.

Bercakap kepada media di Ampang, Selangor hari ini Abdul Hadi berkata beliau tidak pernah berbuat demikian dan kenyataan dibuat Zaharudin Muhammad di luar pengetahuannya.

Tamparan Hebat Buat Menantu Tuan Guru Haji Hadi. “(Saya) restu itu, tak betul... saya tak ada restu,” tegasnya pasda sidang media sebelum majlis berbuka puasa anjuran PAS Pusat di De Palma Ampang hari ini.

Anggota Parlimen Marang itu juga berkata, pendedahan "kartel dedak" yang dikisahkan secara bersiri oleh menantunya itu boleh diibaratkan sebagai filem lama yang sengaja ditayangkan semula.

"Itu (isu didedahkan Zaharudin) filem lama yang sudah ditayang, ia sudah selesai. "Kita anggap perkara itu dah selesai, ia melibatkan disiplin," ujar Abdul Hadi.

Hadir sama dalam sidang media itu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, tiga naib presiden, Mohd Amar Nik Abdullah, Iskandar Abdul Samad, dan Idris Ahmad, serta setiausaha agung, Takiyuddin Hassan. 

Langgar disiplin parti

Isu "kartel dedak" mula memanas selepas Zaharudin memuat naik siri hantaran di media sosial sejak beberapa hari lalu menceritakan mengenai isu melibatkan beberapa pemimpin kanan PAS.


Tamparan Hebat Buat Menantu Tuan Guru Haji Hadi


Antara yang disebut secara jelas ialah dua anggota parlimen PAS iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Dr Khairuddin Aman Razali yang masing-masing mewakilli kawasan Bachok, Kelantan, dan Kuala Nerus, Terengganu.

Tiada restu https://t.co/OXSBkLOPcE

— Abdul Hadi Awang (@abdulhadiawang) May 13, 2019


Turut dilibatkan dalam dakwaan Zaharudin ialah Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Beliau turut mengaitkan isu penerimaan wang daripada Umno atau orang Umno itu dengan dua tokoh lain yang tidak dinamakan secara jelas.

Semalam Zaharudin - yang mengaku menjadi "komander" untuk menyingkirkan kumpulan "jebon" sebelum ini - memberitahu pendedahannya mengenai kumpulan terbabit direstui Abdul Hadi.

Baca Zaharudin dakwa dapat restu Hadi

Nik Abduh pula sebelum ini mendakwa Abdul Hadi merestui beliau agar tidak bercakap benar semasa ditanya mengenai kesahihan audio satu ucapan dalam majlis dihadirinya bersama Zaharudin beberapa tahun lalu.

Zaharuddin menerusi kenyataan di Facebook juga menjelaskan tindakannya mendedahkan gerakan "kartel dedah" itu bertujuan mengelak serangan parti lawan serta menjarakkan pimpinan PAS daripada isu wang Umno.

Tamparan Hebat Buat Menantu Tuan Guru Haji Hadi


Sementara itu mengulas isu sama, Takiyuddin berkata Jawatankuasa Disiplin PAS sudah menerima aduan mengenai tindakan yang dipercayai melanggar peraturan parti.

"Kita dimaklumkan, kita terima aduan berhubung perlanggaran tatatertib parti.

"Jawatankuasa Disiplin PAS akan buat keputusan. Aduan itu akan disiasat dan dibuat pendakwaan," katanya.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu menambah itu tersebut tidak wajar diungkit semula.

Katanya ada kemungkinan Zaharudin akan dikenakan tindakan disiplin jika jawatankuasa yang menyiasat aduan tersebut berpendapat ia adalah perlu.

Sementara itu Nik Abduh ketika ditemui sebelum bermulanya sidang media dan ditanya isu "kartel dedak" itu enggan mengulas lanjut.

Beliau sebaliknya mengarahkan pemberita bertanya kepada Abdul Hadi terus.

Tamparan Hebat Buat Menantu Tuan Guru Haji Hadi. "Jangan tanya saya, pergi tanya di dalam (bilik sidang media) di sana ada semua jawapan," katanya ringkas. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









7 comments:

  1. Hari tu hadi galak sgt minta dsai dedah siapa org pas yg makan dedak umno. Skrg Allah dah jawab melalui menantu beliau sendiri......kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU RAHMA saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

      (1)"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      (2) "Pelet Khusus Untuk Pemikat Hati Pria"

      (3) "Ilmu Santet Ganas"

      (4) "Asli Pusat Pesugihan Putih Tanpa Resiko"

      Delete
    2. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU RAHMA saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU

      (1)"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      (2) "Pelet Khusus Untuk Pemikat Hati Pria"

      (3) "Ilmu Santet Ganas"

      (4) "Asli Pusat Pesugihan Putih Tanpa Resiko"

      Delete
  2. org yg dedah kena ambil tindakan... tapi tak siasat plak betul atau tidak pendedahan tu... memang pas ni parti depa jelah...

    ReplyDelete
  3. dah mcm undang2 rimba plak... mujur lah pas tak jadi kerajaan pusat...

    ReplyDelete
  4. xpe...sebab apa pemimpin pas jadi mcm tu ialah...ego...sombong...ujub...sumaah....pandang rendah org org bukan pas....Allah byr cash...itu pun tak sedar jugak...

    ReplyDelete
  5. Bercakap tentang kebenaran pun perlu restu dari Hadi? Sekarang ni menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran pun perlu dapat kebenaran dari Tuang Presideng? Hadi ni jadi jadi Nabi ke kalau benda macam tu pun nak minta kelulusan dari dia? Takde dengar lagi ada penafian yang "kartel dan geng jebon" ni tak wujud? Jika beginilah keadaannya PAS ni, bermakna mereka benar2 dah terpesong dan Hadi sendiri dah merosakkan roh Islam dalam PAS. PAS junjung Islam atau mendewakan Hadi? Rasanya ramai walaun dan walauntit pun tak tak dapat bezakan antara keduanya. Dan itu adalah BIDAAH!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...