Saturday, 18 May 2019

Polis Akan Di Tempatkan Di Masjid Wilayah Persekutuan

Polis Akan Di Tempatkan Di Masjid Wilayah Persekutuan. Cadangan Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menempatkan pegawai polis di 72 masjid melalui program 1 Masjid 1 Pegawai Polis (1M1P) mendapat reaksi positif daripada pentadbir Masjid Wilayah Persekutan.

Imam Besarnya, Ehsan Mohd Hosni berkata program itu merupakan salah satu daya usaha untuk mengekang kejadian jenayah terutamanya di masjid agar jemaah merasa tenteram dan selamat ketika beribadah.

Polis Akan Di Tempatkan Di Masjid Wilayah Persekutuan. “Sudah sampai masanya inisiatif itu dilaksanakan berikutan berlaku kejadian seperti kecurian pada waktu puncak seperti solat Jumaat dan solat tarawih pada bulan Ramadan,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel Jumaat malam.

Kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata, program itu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan anggota jawatankuasa masjid bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.

Polis Akan Di Tempatkan Di Masjid Wilayah Persekutuan


Beliau berkata Ini bagi mengurangkan jenayah seperti curi motosikal, pecah kenderaan, curi tabung masjid dan curi kasut. - fmt

    
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...