Thursday, 2 May 2019

Pasar Jual Harga Murah RM5 Untuk 3 Barang Jadi Tumpuan

Pasar Jual Harga Murah RM5 Untuk 3 Barang Jadi Tumpuan. Program Pasar Peduli menjadi medium Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Melaka meringankan bebanan golongan kurang mampu di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pendekatan diharap dapat membantu golongan sasar menyediakan keperluan khususnya barangan dapur bagi menyambut Ramadan akan datang.

Menurutnya, program berkenaan memfokuskan kepada jualan amal yang mana barangan terpilih dijual pada harga sangat rendah.

Pasar Jual Harga Murah RM5 Untuk 3 Barang Jadi Tumpuan. “Dengan cara ini lebih ramai masyarakat setempat dapat dibantu dan harga dikenakan pula benar-benar memadai dan mampu dijangkau golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pasar Peduli AWAN di Dataran Datuk Mahadi di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Amanah Bahagian Jasin, Yuhaizad Abdullah dan Ketua AWAN Melaka, Datin Mahani Othman.

Jelas Adly, program berkenaan akan diadakan secara berkala dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun tiada promosi besar-besaran dilakukan kerana kita mahu hanya penduduk di kawasan dianjurkan sahaja mendapat manfaatnya.

Pasar Jual Harga Murah RM5 Untuk 3 Barang Jadi Tumpuan


“Kita tidak mahu penduduk di kawasan lain turut serta kerana bimbang melebihi permintaan setempat. Tetapi jangan bimbang kerana Pasar Peduli ini akan sampai ke tempat mereka juga nanti,” katanya.

Sementara Mahani berkata, program julung kali diadakan di Merlimau sebagai tanda sokongan komuniti di situ kepada Amanah.

“Sambutan dari penduduk di sini sangat menggalakkan dan selepas ini barulah kita akan menjelajah ke kawasan lain,” katanya.

Jelasnya, program juga bagi merealisasikan slogan Amanah iaitu Amanah, Progresif, Peduli.

Pasar Jual Harga Murah RM5 Untuk 3 Barang Jadi Tumpuan


“Kita sentiasa peduli akan nasib rakyat kerana itu program ini dilaksanakan supaya nasib mereka terus dibela,” katanya.

Pelbagai barangan dijual seperti tepung, minyak masak, kicap, gula, susu dan lain-lain. - melaka kini






Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image



Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...